Panel Kawalan

Seksyen ini menerangkan nama dan penggunaan kekunci pada panel kawalan.

Paparan

Anda boleh melihat operasi dan status ralat mesin ini, jumlah baki toner dalam kartrij dan keadaan lain. Skrin Asas

Kekunci Home

Tekan untuk memaparkan skrin Home yang menyediakan akses kepada menu tetapan dan fungsi seperti Cetakan Media Memori dan tetapan kertas. Item Dipaparkan pada Skrin <Home>

Kekunci Back

Tekan untuk kembali ke skrin sebelumnya. Jika anda menekan kekunci ini apabila menentukan tetapan, contohnya, tetapan tidak digunakan dan paparan kembali ke skrin sebelumnya.

Kekunci angka (kekunci [0]-[9])

Tekan untuk memasukkan nombor dan teks. Memasukkan Aksara

Kekunci [*]

Tekan untuk menukar jenis teks yang dimasukkan.

Penunjuk data

Berkelip sementara operasi sedang dijalankan, seperti penghantaran atau pencetakan data. Lampu kekal menyala apabila terdapat dokumen yang sedang menunggu untuk diproses.

Penunjuk ralat

Berkelip atau menyala apabila ralat seperti kertas tersekat berlaku.
Jika penunjuk Error berkelip, ikuti arahan yang muncul pada paparan. Pencarisilapan
Jika penunjuk Error kekal menyala, hubungi pengedar atau wakil servis anda.

Kekunci Penjimat Tenaga

Tekan untuk meletakkan mesin dalam mod tidur. Kekunci menyala hijau apabila mesin dalam mod tidur. Tekan kekunci sekali lagi untuk keluar daripada mod tidur. Memasuki Mod Tidur

Kekunci Status Monitor

Tekan untuk menyemak status cetakan, melihat sejarah penggunaan, atau melihat tetapan rangkaian seperti alamat IP mesin. Anda juga boleh menyemak status mesin, seperti jumlah baki kertas dan jumlah baki dalam kartrij toner, atau jika ada apa-apa ralat yang berlaku. Skrin <Pengawas Status>

Kekunci [ID]

Tekan selepas memasukkan ID dan PIN untuk melog masuk apabila Pengurusan ID Jabatan didayakan. Selepas anda selesai menggunakan mesin, tekan kekunci ini sekali lagi untuk melog keluar. Log masuk ke dalam Mesin

Kekunci Clear

Tekan untuk memadamkan nombor dan teks yang dimasukkan.

Kekunci Stop

Tekan untuk membatalkan pencetakan dan operasi lain.

Kekunci [#]

Tekan untuk memasukkan simbol seperti "@" atau "/".

Kekunci []

Apabila menentukan tetapan, tekan untuk kembali ke skrin sebelumnya. Apabila memasukkan nombor, tekan untuk mengalihkan kursor ke kiri.

Kekunci []

Apabila menentukan tetapan, tekan untuk memilih item serta-merta di atas item yang sedang dipilih. Apabila mengubah nilai tetapan, tekan untuk meningkatkan nilai.

Kekunci []

Apabila menentukan tetapan, tekan untuk teruskan ke skrin seterusnya. Apabila memasukkan nombor, tekan untuk mengalihkan kursor ke kanan.

Kekunci []

Apabila menentukan tetapan, tekan untuk memilih item serta-merta di bawah item yang sedang dipilih. Apabila mengubah nilai tetapan, tekan untuk menurunkan nilai.

Kekunci []

Tekan untuk menggunakan tetapan atau butiran tertentu.
93WK-01C