<Laras Kualiti Imej>

Bahagian ini menerangkan cara melaraskan kualiti imej untuk pencetakan.
<Laraskan Kedudukan Cetakan>
<Tetapkan>  <Pelarasan/Penyelenggaraan>  <Laras Kualiti Imej>
Anda boleh melaraskan kedudukan cetakan apabila pencetakan menjadi sendeng atau tersembul daripada julat cetakan. Melaraskan Kedudukan Cetakan
<Mod Pencegahan Corak Titisan Air>
<Tetapkan>  <Pelarasan/Penyelenggaraan>  <Laras Kualiti Imej>  <Pemprosesan Khas>
Anda boleh menetapkan <Mod Pencegahan Corak Titisan Air> untuk apabila imej berpecah, tompok putih, jaluran dan sebagainya muncul pada imej separuh tona kerja cetakan dua sisi. Sebaik sahaja anda MENGHIDUPKAN mesin dalam persekitaran suhu yang rendah, jika penghasilan semula cetakan separuh tona menjadi amat berbeza daripada dokumen asal, tetapkan mod ini kepada <Aktif>.
<Mod Pencegahan Kabut>
<Tetapkan>  <Pelarasan/Penyelenggaraan>  <Laras Kualiti Imej>  <Pemprosesan Khas>
Jika anda menggunakan mesin dalam persekitaran berkelembapan rendah, toner boleh digunakan sedikit pada kawasan yang sepatutnya tidak dicetak (kawasan putih). Masalah ini mungkin diselesaikan jika anda menetapkan <Mod Pencegahan Kabut> kepada <Aktif>.
<Laraskan Aras Penetapan untuk Sampul>
<Tetapkan>  <Pelarasan/Penyelenggaraan>  <Laras Kualiti Imej>  <Pemprosesan Khas>
Apabila mencetak pada sampul, jika penutup sampul sudah dilekatkan (tidak sepatutnya dilakukan) atau penetapan toner yang tidak betul, anda boleh melaraskan tahap penetapan.
<Btulkn Pntpn utk Krj dg Dlg PG (Tebal 4)>
<Tetapkan>  <Pelarasan/Penyelenggaraan>  <Laras Kualiti Imej>  <Pemprosesan Khas>
Mod ini menambah baik hasil cetakan apabila imej malap kerana toner yang tidak mencukupi ditetapkan kepada kertas.
<Laraskan Kepadatan Standard>
<Tetapkan>  <Pelarasan/Penyelenggaraan>  <Laras Kualiti Imej>
Jika ketumpatan pencetakan berbeza dengan ketara daripada dokumen asal, ini melaraskan ketumpatan keseluruhan bahan bercetak supaya lebih hampir kepada asal, termasuk kawasan yang sudah diisi, teks, garisan dan ketumpatan pertengahan.
<Laraskan Kepadatan untuk Kertas Tertentu>
<Tetapkan>  <Pelarasan/Penyelenggaraan>  <Laras Kualiti Imej>
Pencetakan boleh menjadi malap pada sesetengah kertas apabila semakin lama kartrij toner digunakan. Tetapan ini boleh mengurangkan masalah ini.
93WK-07A