Tetapan Imbasan Faks Dokumen Asal

Jika penerima tidak dapat membaca teks atau faks yang dihantar tidak seperti yang diinginkan, tetapan boleh disesuaikan dan faks boleh dihantar semula. Anda boleh melaraskan kualiti imej seperti apabila imej faks tidak jelas atau teks sukar dibaca.
Memanggil Semula Tetapan Yang Lalu (Log Kerja TX)
Anda boleh menggunakan Log Kerja TX untuk memanggil semula tetapan yang pernah digunakan untuk menghantar faks pada masa lalu. Menentukan Destinasi (Log Kerja TX) (Model Panel Sentuhan)
[Resolusi]
Pilih resolusi untuk mengimbas dokumen asal.
Semakin tinggi resolusi, semakin jelas imej, tetapi semakin lama masa yang diperlukan untuk menghantar data.
[Kepadatan]
Laraskan kepadakan untuk menyesuaikan dokumen asal.
Tekan [+] untuk meningkatkan kepadatan dan [-] untuk merendahkannya.
[Dokumen Asli 2 Muka]
Pilih ini mengikut orientasi atas dan bawah sisi depan dan belakang dokumen asal yang diletakkan.
Untuk menjalankan pengimbasan 2 sisi, pilih [Jenis Buku] atau [Jenis Kalendar].
[Ketajaman]
Laraskan kejelasan.
Tekankan kontur dan garisan untuk menjadikannya lebih jelas, atau melemahkannya agar ia lebih lembut.
Contoh pelarasan:
Untuk menjadikan teks kabur atau bentuk lebih jelas
Tekan [+].
Untuk mengurangkan moiré (hingar corak menegak) dalam foto
Tekan [-].
98CR-051