Menggantikan Unit Penetapan

Apabila tiba masa menggantikan unit penetapan, mesej memberitahu pengguna supaya menggantikan unit penetapan dengan unit penetapan baharu dipaparkan. Ikuti mesej tersebut untuk menggantikan unit penetapan dengan unit penetapan baharu.
Ambil perhatian bahawa unit penetapan berada pada suhu tinggi semasa mesin sedang digunakan. Pastikan unit penetapan betul-betul dalam keadaan sejuk sebelum menjalankan prosedur ini.
Gantikan unit penetapan selepas mesej memberitahu pengguna supaya menggantikan unit penetapan dipaparkan.
1
Buka penutup belakang unit utama.
2
Tarik tuil berwarna biru muda unit penetapan dan tarik unit penetapan itu keluar sambil mengangkat bahagian tersebut sedikit ke atas.
3
Keluarkan unit penetapan baharu dari kotak dan tanggalkan bahan pembungkusan.
4
Pegang bahagian berwarna biru muda unit penetapan baharu dan tolak ke dalam unit utama secara mendatar sehingga unit penetapan tersebut berdetap pada tempatnya.
5
Tutup penutup belakang unit utama.
964L-003