Menggantikan Penggelek Pemindahan
Ikuti prosedur di bawah untuk menggantikan penggelek pemindahan.
|
Apabila menggantikan penggelek pemindahan, sila berhati-hati supaya toner tidak bersentuhan dengan tangan atau pakaian anda. Jika ia menjadi kotor, basuh segera dengan menggunakan air sejuk. |
1
Buka penutup belakang unit utama.
2
Pegang bahagian berwarna biru muda penggelek pemindahan dan tarik ke atas untuk menanggalkan penggelek pemindahan itu.
3
Keluarkan penggelek pemindahan baharu dari kotak dan tanggalkan bahan pembungkusan.
Apabila menyentuh penggelek pemindahan baharu, pastikan anda sentuh bahagian berwarna biru muda sahaja. Jangan sentuh penggelek tersebut secara langsung dengan tangan anda.
4
Sambil memegang bahagian berwarna biru muda penggelek pemindahan baharu, jajarkan bahagian berwarna biru muda dengan alur pada unit utama dan tolak bahagian berwarna biru muda tersebut ke bawah untuk memasang penggelek pemindahan baharu.
Tolak penggelek pemindahan ke dalam sehingga penggelek pemindahan tersebut berdetap pada tempatnya.
5
Tutup penutup belakang unit utama.