Bahagian Belakang
Penunjuk ACT
Penunjuk ACT berkelip ketika data dihantar atau diterima.
Port LAN
Sambungkan kabel LAN apabila menyambungkan mesin ke penghala LAN berwayar dsb.
Penyediaan Persekitaran Rangkaian
Penunjuk LNK
Penunjuk LNK berkelip hijau apabila mesin tidak disambungkan ke rangkaian dengan betul.
Port USB (untuk sambungan komputer)
Sambungkan kabel USB apabila menyambungkan mesin dan komputer.
Port USB (untuk sambungan komputer) menyokong USB 2.0.
Port USB (untuk sambungan peranti USB)
Sambungkan peranti USB yang digunakan dengan aplikasi AddOn. Selain itu, sambungkan peranti memori USB apabila mengeksport atau mengimport tetapan mesin.
<Pengurusan Data>Mesin boleh membekalkan kuasa maksimum sebanyak 5 V 500 mA. Menyambungkan peranti yang memerlukan lebih kuasa boleh merosakkan mesin.
Port USB (untuk sambungan peranti USB) menyokong USB 2.0.
Slot pengudaraan
Udara dari dalam mesin disalurkan keluar untuk menyejukkan bahagian dalam mesin. Ambil perhatian bahawa meletakkan objek di hadapan slot pengudaraan akan menghalang pengudaraan.
Soket kuasa
Sambungkan kord kuasa.
Label penarafan
Label menunjukkan nombor siri, yang diperlukan apabila membuat pertanyaan mengenai mesin.
Apabila Masalah Tidak Dapat Diselesaikan