Menentukan Saiz dan Jenis Kertas dalam Laci Kertas
PMW-SPDR
1
Muatkan kertas ke dalam laci kertas.
Kaedah Asas Memuatkan KertasApabila anda membuka laci kertas, tetapan kertas semasa dipaparkan di bahagian atas skrin.
Jika <Sahkan Smasa Memuatkan Krtas di dlm Laci> ditetapkan kepada <Aktif>, skrin itu menggesa pengguna untuk menyemak tetapan kertas dipaparkan apabila laci kertas dimasukkan ke dalam mesin.
<Sahkan Smasa Memuatkan Krtas di dlm Laci>Untuk mengkonfigurasikan tetapan kertas, pilih <Tetapan Kertas> pada skrin <Home>.
2
Semak saiz kertas yang dipaparkan.
Jika saiz kertas yang dipaparkan berbeza daripada saiz kertas yang dimuatkan, kertas itu mungkin tidak dimasukkan dengan betul. Muatkan kertas tersebut sekali lagi.
3
Jika saiz/jenis kertas yang dipaparkan berbeza daripada saiz/jenis kertas yang dimuatkan, pilih <Tetapan Kertas> dan pilih sumber kertas yang kertasnya dimuatkan.
4
Pilih saiz kertas.
Perihal <Saiz Bebas>
Jika anda perlu kerap menukar kertas yang dimuatkan, tetapkan kepada <Saiz Bebas>; ini akan mengurangkan bilangan langkah yang diperlukan setiap kali untuk mengubah tetapan. Anda juga boleh memaparkan mesej ralat apabila tetapan dalam pemacu pencetak berbeza dengan ketara berbanding saiz kertas yang dimuatkan.
<Saiz Krts Tdk Spdn utk Smbr Krts SaizBbs>Apabila memuatkan kertas bersaiz tersuai
0UUY-023 0UW1-023 0YRY-02C 0X7F-02A 0X7H-02A 1100-02C 0X6E-02A 0X6W-02A 10XJ-02C 0X7C-02A 0X7A-02A 1106-02C 0WXY-02A 0X7E-02A 10YY-02C 10H3-02C 0WR6-02A 0WR7-02A 108A-02C 1116-02C 10H4-02C 0WR5-02A 0WR8-02A 0YWJ-029 0YWH-02A 0YWR-029 0YWK-02A 0YWE-02A 0YWF-02A 0YAS-02E
Menentukan saiz kertas yang dimuatkan ke dalam laci kertas.
1 | Pilih <Saiz Tersuai>. |
2 | Tentukan panjang sisi <X> dan sisi <Y>. |
| Pilih <X> atau <Y> untuk menentukan panjang setiap sisi menggunakan kekunci angka atau / . |
3 | Pilih <Gunakan>. |
5
Pilih jenis kertas.
Perihal <Bebas>
Jika anda perlu kerap menukar kertas yang dimuatkan, tetapkan kepada <Bebas>; ini akan mengurangkan bilangan langkah yang diperlukan setiap kali untuk mengubah tetapan. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa tetapan ini membolehkan mesin melakukan cetakan walaupun tetapan jenis kertas dalam pemacu pencetak dan jenis kertas sebenar yang dimuatkan ke dalam mesin adalah tidak sepadan.
Apabila tetapan jenis kertas di dalam pemacu pencetak ialah [Auto], mesin beroperasi dengan cara yang sama apabila jenis kertas ialah [Kosong 1].
Untuk menyemak tetapan terperinci bagi jenis kertas, pilih <Butiran>
pilih jenis kertas yang perlu diperiksa.
PAUTAN