Melaraskan Pendaftaran dan Intensiti Warna Secara Automatik

Mesin melakukan pelarasan (penentukuran) secara automatik untuk menghalang salah daftar warna dan memastikan bahawa intensiti warna asal dikeluarkan semula dengan betul. Anda boleh menetapkan masa dan frekuensi untuk melakukan penentukuran.
Salah daftar warna ialah fenomena yang berlaku apabila kedudukan cetakan berubah sedikit untuk setiap warna dan menghasilkan cetakan kabur yang tidak dapat tepat fokusnya.
Imej dengan salah daftar warna
 
Imej tanpa salah daftar warna
Intensiti warna merujuk kepada intensiti warna seperti merah, kuning, hijau, biru dan ungu.
Intensiti warna tidak dikeluarkan semula
Asal
Intensiti warna dikeluarkan semula
Melakukan penentukuran dengan kerap boleh menjejaskan jangka hayat kartrij toner.
Melakukan penentukuran apabila tahap toner rendah boleh menjejaskan keseimbangan warna. Jika gejala ini berlaku, anda disyorkan supaya menggantikan kartrij toner berkuantiti rendah itu.
Periksa Baki Yang Ada
Penentukuran automatik dilakukan mengikut perubahan dalam status dan persekitaran mesin.
1
Pilih <Tetapkan>  <Pelarasan/Penyelenggaraan>  <Laras Kualiti Imej>  <Tetapan untuk Penentukuran Penuh Auto>.
2
Tetapkan <Pmsaan utk Pnntukurn Pnh Auto di Prmlaan> dan <Kekerapan untuk Penentukuran Penuh Auto>.
Pmsaan utk Pnntukurn Pnh Auto di Prmlaan
Pilih masa untuk melakukan penentukuran secara automatik selepas kuasa DIHIDUPKAN.
Kekerapan untuk Penentukuran Penuh Auto
Tetapkan frekuensi untuk melakukan penentukuran secara automatik. Tetapkan item ini kepada <Tinggi> jika salah daftar warna sering berlaku.
9Y8W-09J