<Kebolehcapaian>

Seksyen ini menerangkan tetapan untuk meningkatkan kebolehaksesan, seperti menyongsang warna skrin dan menetapkan masa paparan mesej.
<Tetapan Pengulangan Kunci>
<Tetapkan> <Keutamaan> <Kebolehcapaian>
Anda boleh menetapkan jumlah masa sebelum aksara mula berulang apabila anda menahan kekunci pada panel kawalan, serta selang masa antara ulangan.
<Terbalikkan Warna Skrin>
<Tetapkan> <Keutamaan> <Kebolehcapaian>
Anda boleh terbalikkan warna skrin paparan. Jika anda dapati sukar melihat paparan walaupun selepas melaraskan <Kecerahan Lampu Belakang>, cuba tentukan tetapan ini.
<Kontras>
<Tetapkan> <Keutamaan> <Kebolehcapaian>
Anda boleh melaraskan kontras (perbezaan antara bahagian terang dan gelap) paparan untuk menyesuaikan dengan lokasi pemasangan mesin.
<Kecerahan Lampu Belakang>
<Tetapkan> <Keutamaan> <Kebolehcapaian>
Anda boleh melaraskan kecerahan paparan untuk menyesuaikan dengan lokasi pemasangan mesin.
<Masa Paparan Mesej>
<Tetapkan> <Keutamaan> <Kebolehcapaian>
Anda boleh tentukan selang dalam saat pada masa dua mesej berlainan dipaparkan secara bergilir-gilir.
<Kelajuan Menatal>
<Tetapkan> <Keutamaan> <Kebolehcapaian>
Anda boleh melaraskan kelajuan menatal skrin dengan memilih daripada tiga peringkat kelajuan.
9Y8W-08R