Menyemak Bilangan Halaman untuk Cetakan
Anda boleh menyemak jumlah halaman yang telah dicetak. Bilangan cetakan ini termasuk cetakan daripada cetakan media memori dan juga senarai cetakan data daripada komputer.
1
Pilih <Semak Pembilang> pada skrin <Home>.
Skrin <Home>2
Pilih <Maklumat Pembilang>.
3
Semak jumlah bilangan halaman bercetak.
<101: Jumlah 1>
Memaparkan jumlah bilangan halaman yang dicetak.
<108: Jumlah (Hitam & Putih 1)>
Memaparkan jumlah bilangan halaman yang dicetak dalam hitam putih.
<114: Jumlah 1 (2 Muka)>
Memaparkan jumlah bilangan halaman yang dicetak pada kedua-dua belah sisi.
|
Anda boleh mencetak senarai yang menunjukkan bilangan halaman yang digunakan untuk mencetak. Laporan Output  <Laporan Pembilang> Untuk maklumat mengenai syarat pengiraan, hubungi wakil penjual atau wakil servis anda. |