<Pencetak>

Bahagian ini menghuraikan tetapan pencetak.
<Tetapan Pencetak>
<Tetapkan>  <Tetapan Fungsi>  <Pencetak>
Tentukan tetapan pencetak.
Untuk maklumat lebih lanjut, lihat Setting the Machine (PS/PCL/UFR II Printer).
<Hadkan Kerja Pencetak>
<Tetapkan>  <Tetapan Fungsi>  <Pencetak>
Jika tetapan ini ditetapkan kepada <Aktif>, anda boleh mengehadkan kerja cetakan daripada pemacu pencetak.
<Tukar Mod Pemilihan Auto Sumber Kertas>
<Tetapkan>  <Tetapan Fungsi>  <Pencetak>
Anda boleh memilih jenis kertas yang perlu diutamakan apabila kertas mendatar dan kertas menegak dimuat dan ditetapkan sebagai sasaran pemilihan kertas automatik.
<Suapn drpd Dulg PG Apbl Tiada Sumbr Krts>
<Tetapkan>  <Tetapan Fungsi>  <Pencetak>
Jika tetapan ini ditetapkan kepada <Aktif>, anda boleh memaparkan mesej yang menggesa pengguna memuatkan kertas ke dalam dulang pelbagai guna apabila kertas yang ditentukan dengan pemilihan kertas automatik tidak ditemui.
<Keutmaan Dlg PG utk Pmlhn Auto Smbr Krts>
<Tetapkan>  <Tetapan Fungsi>  <Pencetak>
Jika tetapan ini ditetapkan kepada <Aktif>, mencetak pada kertas yang dimuatkan ke dalam dulang pelbagai guna diutamakan.
<Pemilihan PDL (Pasang dan Main)>
<Tetapkan>  <Tetapan Fungsi>  <Pencetak>
Pilih Bahasa Penerangan Halaman (PDL) lalai.
<Saiz Krts Tdk Spdn utk Smbr Krts SaizBbs>
<Tetapkan>  <Tetapan Fungsi>  <Pencetak>
Apabila mencetak pada kertas bersaiz bebas, mesin mengesan jika saiz kertas yang dimuatkan sepadan dengan tetapan cetakan.
<Keutamaan Cetakan Menegak utk Saiz Bebas>
<Tetapkan>  <Tetapan Fungsi>  <Pencetak>
Anda boleh menetapkan orientasi untuk mencetak pada kertas bersaiz bebas.
<Tetapan Kata Laluan PS>
<Tetapkan>  <Tetapan Fungsi>  <Pencetak>
Anda boleh menentukan kata laluan yang menyekat penggunaan perintah kawalan yang disediakan oleh pencetak PS.
<Mod Suapn Krts Apbila Mggnkn Emulasi PCL>
<Tetapkan>  <Tetapan Fungsi>  <Pencetak>
Anda boleh menetapkan sumber kertas yang digunakan untuk perintah PCL5 PaperSource.
AL90-091