<Tetapan Volum>

Semua tetapan digunakan untuk menjanakan bunyi pengesahan kekunci yang ditekan, bunyi yang menunjukkan penyelesaian proses pencetakan dan bunyi lain, disenaraikan dengan huraian.

Untuk maklumat tentang menetapkan prosedur, lihat Menetapkan Bunyi.
<Ton Kemasukan>
<Tetapkan>  <Keutamaan>  <Tetapan Volum>
Anda boleh menetapkan jika mahu menghasilkan bunyi apabila kekunci pada panel kawalan telah ditekan.
<Ton Kemasukan Tidak Sah>
<Tetapkan>  <Keutamaan>  <Tetapan Volum>
Anda dapat menetapkan jika mahu menghasilkan bunyi apabila operasi kekunci tidak sah telah dilakukan, sebagai contoh, apabila nilai angka tidak sah telah dimasukkan.
<Nada Isi Semula Bekalan>
<Tetapkan>  <Keutamaan>  <Tetapan Volum>
Anda dapat menetapkan jika mahu menghasilkan bunyi yang menunjukkan jangka hayat kartrij toner semakin hampir.
<Nada Amaran>
<Tetapkan>  <Keutamaan>  <Tetapan Volum>
Anda boleh menetapkan jika mahu menghasilkan bunyi yang memberitahu masalah telah berlaku pada mesin, seperti kertas tersangkut, pengendalian yang tidak betul atau tertekan kekunci yang tidak berfungsi.
<Nada Selesai Kerja>
<Tetapkan>  <Keutamaan>  <Tetapan Volum>
Anda boleh menetapkan jika mahu menghasilkan bunyi apabila kerja cetakan telah selesai.
<Nada Mod Tidur>
<Tetapkan>  <Keutamaan>  <Tetapan Volum>
Anda boleh tetapkan jika mahu menghasilkan bunyi apabila mesin masuk atau keluar mod tidur.
<Nada Log Masuk>
<Tetapkan>  <Keutamaan>  <Tetapan Volum>
Anda boleh menetapkan jika mahu menghasilkan bunyi apabila log masuk berjaya dilakukan.
AL90-08S