Menetapkan Alamat IP

Untuk menyambungkan mesin kepada rangkaian, alamat IP yang unik diperlukan pada rangkaian. Mesin ini menyokong dua versi alamat IP: “IPv4” dan “IPv6.” Tetapkan dan gunakannya mengikut persekitaran anda. Anda boleh menggunakan sama ada IPv4 atau IPv6. Anda juga boleh menggunakan kedua-duanya pada masa yang sama.
Apabila kaedah penyambungan dengan talian utama dan subtalian dipilih dalam <Pilih Antara Muka>, tentukan alamat IP subtalian dalam <Tetapan Alamat IP> bagi <Tetapan Subtalian>.
AL90-02J