Kertas Tersekat di dalam Sumber Kertas

Semak lokasi kertas tersekat pada skrin dan ikuti prosedur di bawah untuk mengeluarkan kertas.
Jika Paper Feeder PF-L pilihan dipasangkan, ikuti prosedur ini untuk mengeluarkan kertas dengan cara yang sama.
Sahkan sebelum mengendalikannya
Sebelum memulakan operasi untuk mengalihkan kertas tersekat, sahkan bahawa penutup dan laci kertas mesin dan kelengkapan pilihan ditutup.
Jika Paper Feeder PF-L  pilihan dipasangkan, ikut arahan pada skrin untuk melakukan prosedur berikut, mula-mula untuk laci kertas di bawah laci kertas tempat kertas tersekat dikesan, kemudian untuk laci kertas tempat kertas tersekat dikesan.
1
Tarik keluar laci kertas dan angkat bahagian hadapan untuk mengeluarkan laci tersebut.
2
Secara perlahan keluarkan kertas.
3
Masukkan laci kertas ke dalam unit utama.
Masukkan laci kertas pada satu sudut, kemudian tolak masuk secara mendatar.
4
Buka dan tutup penutup hadapan.
Apabila penutup hadapan dibuka dan ditutup, mesej kertas tersekat akan hilang.
1
Buka penutup hadapan sambil menahan butang.
Jika kertas tersekat di dalam unit utama, ikut prosedur dalam Kertas Tersekat di dalam Mesin atau di dalam Komponen Pemasangan Penetap untuk mengeluarkan kertas yang tersekat.
2
Tutup penutup hadapan.
Apabila mesej masih dipaparkan
Kertas mungkin tersekat di lokasi lain. Periksa lokasi lain dan keluarkan kertas yang tersekat jika ada. Jika mesej masih dipaparkan, semak sama ada penutup hadapan ditutup dengan betul.
AL90-01J