Laci Kertas

 
 

Suis luncur (laci kertas unit utama sahaja)

Apabila memuatkan kertas bersaiz panjang ke dalam laci kertas unit utama, luncurkan suis ini ke kedudukan buka kunci, kemudian panjangkan laci kertas. Laci kertas memanjang ke belakang.

Panduan kertas

Laraskan panduan kertas mengikut saiz kertas yang dimuatkan untuk memastikan kertas dimasukkan dengan lurus ke dalam mesin. Tekan tuil pelepas kunci yang ditandakan dengan anak panah dalam gambar untuk melepaskan kunci dan meluncurkan panduan kertas.

Tuil pemilihan kertas

Pilih kumpulan untuk menetapkan saiz kertas. Ubah kedudukan tuil kepada saiz-A/-B (A3/B4/A4/B5/A5) atau saiz yang lain.

Dail saiz kertas

Laraskan dail mengikut saiz kertas yang dimuatkan.

Penunjuk paras kertas

Penunjuk paras kertas menunjukkan baki jumlah kertas yang dimuatkan. Penunjuk bergerak ke bawah apabila baki jumlah kertas berkurangan.
AL8Y-00F