Menentukan Saiz dan Jenis Kertas dalam Laci Kertas

1
Muatkan kertas ke dalam laci kertas. Kaedah Asas Memuatkan Kertas
Apabila anda membuka laci kertas, tetapan kertas semasa dipaparkan di bahagian atas skrin.
Untuk mengkonfigurasikan tetapan kertas, pilih <Tetapan Kertas> pada skrin <Home>.
2
Semak saiz kertas yang dipaparkan.

Jika saiz kertas yang dipaparkan berbeza daripada saiz kertas yang dimuatkan, kertas itu mungkin tidak dimasukkan dengan betul. Muatkan kertas tersebut sekali lagi.
3
Jika saiz/jenis kertas yang dipaparkan berbeza daripada saiz/jenis kertas yang dimuatkan, pilih <Tetapan Kertas> dan pilih sumber kertas yang kertasnya dimuatkan.
4
Pilih saiz kertas.
Perihal <Saiz Bebas>
Jika anda perlu kerap menukar kertas yang dimuatkan, tetapkan kepada <Saiz Bebas>; ini akan mengurangkan bilangan langkah yang diperlukan setiap kali untuk mengubah tetapan. Anda juga boleh memaparkan mesej ralat apabila tetapan dalam pemacu pencetak berbeza dengan ketara berbanding saiz kertas yang dimuatkan. <Saiz Krts Tdk Spdn utk Smbr Krts SaizBbs>
Apabila memuatkan kertas bersaiz tersuai
5
Pilih jenis kertas.
Perihal <Bebas>
Jika anda perlu kerap menukar kertas yang dimuatkan, tetapkan kepada <Bebas>; ini akan mengurangkan bilangan langkah yang diperlukan setiap kali untuk mengubah tetapan. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa tetapan ini membolehkan mesin melakukan cetakan walaupun tetapan jenis kertas dalam pemacu pencetak dan jenis kertas sebenar yang dimuatkan ke dalam mesin adalah tidak sepadan.
Apabila tetapan jenis kertas di dalam pemacu pencetak ialah [Auto], mesin beroperasi dengan cara yang sama apabila jenis kertas ialah [Kosong 1].
Untuk menyemak tetapan terperinci bagi jenis kertas, pilih <Butiran> pilih jenis kertas yang perlu diperiksa.
AL8Y-010