Membersihkan Bahagian Luar

Lap secara berkala permukaan mesin untuk memastikan ia bersih.
Titik hitam di permukaan mesin adalah disebabkan oleh penggunaan bahan kitar semula dan bukan masalah kualiti.
1
MATIKAN kuasa dan cabut palam dari salur keluar kuasa.
MEMATIKAN Mesin
Semak status operasi mesin sebelum MEMATIKAN kuasa. Anda boleh MEMATIKAN kuasa sekalipun mesin tersebut sedang beroperasi, tetapi ini boleh menyebabkan operasi terganggu atau data rosak.
2
Lap permukaan mesin.
Basahkan kain lembut dengan air atau bahan cuci jenis cair yang tidak kuat, perah kain dan lap mesin.
Tunggu sehingga kering sepenuhnya sebelum meneruskan langkah yang seterusnya.
3
Masukkan palam kuasa ke dalam salur keluar kuasa, dan HIDUPKAN kuasa.
MENGHIDUPKAN Mesin
AL8Y-018