Membersihkan Penggelek Suapan

Jika penggelek suapan dan kawasan sekeliling kotor semasa memuatkan kertas ke dalam laci kertas, ikuti prosedur di bawah untuk membersihkan kawasan tersebut.
1
MATIKAN kuasa dan cabut palam dari salur keluar kuasa.
MEMATIKAN Mesin
Semak status operasi mesin sebelum MEMATIKAN kuasa. Anda boleh MEMATIKAN kuasa sekalipun mesin tersebut sedang beroperasi, tetapi ini boleh menyebabkan operasi terganggu atau data rosak.
2
Tarik keluar laci kertas dan angkat bahagian hadapan untuk mengeluarkan laci tersebut.
3
Lap penggelek () dan kawasan sekeliling di dalam laci kertas unit utama atau Paper Feeder PF-L.
 
Laci Kertas Unit Utama
Paper Feeder PF-L
 
Bersihkan kawasan tersebut dengan kain yang telah diperah selepas terendam di dalam air. Kemudian lap bersih dengan kain lembut dan kering.
4
Masukkan laci kertas.
5
Masukkan palam kuasa ke dalam salur keluar kuasa, dan HIDUPKAN kuasa.
MENGHIDUPKAN Mesin
AL8Y-019