Mengkonfigurasikan Tetapan Keselamatan Rangkaian
Pengguna yang diizinkan mungkin menanggung kerugian yang tidak diduga akibat serangan oleh pihak ketiga yang berniat jahat, seperti penghiduan, penipuan dan pengacauan data ketika ia mengalir melalui rangkaian. Untuk melindungi maklumat penting dan berharga anda daripada serangan ini, mesin ini menyokong ciri berikut untuk meningkatkan keselamatan dan kerahsiaan.
Tetapan Firewall
Capaian yang tidak dibenarkan oleh pihak ketiga, serta serangan dan pencerobohan rangkaian, boleh disekat dengan hanya membenarkan komunikasi menggunakan peranti yang mempunyai alamat IP khusus.
Mengehadkan Komunikasi Menggunakan Tembok ApiTetapan Proksi
Apabila peranti pelanggan yang disambungkan ke rangkaian luar, komunikasi diwujudkan melalui pelayan proksi. Apabila pelayan proksi digunakan, laman web boleh dilayari dengan lebih selamat, oleh itu, keselamatan boleh dijangka akan dipertingkat.
Menetapkan ProksiKomunikasi Tersulit TLS
TLS ialah protokol untuk penyulitan data yang dihantar melalui rangkaian dan sering digunakan untuk komunikasi melalui pelayar Web atau aplikasi e-mel. Komunikasi tersulit TLS membolehkan komunikasi rangkaian selamat semasa mencapai mesin dengan menggunakan UI Kawalan Jauh.
Mengkonfigurasi Kunci dan Sijil bagi TLSKomunikasi IPSec
Walaupun TLS hanya menyulitkan data yang digunakan pada aplikasi khusus, seperti pelayar web atau aplikasi e-mel, IPSec menyulitkan keseluruhan (atau muatan daripada) paket IP. Ini membolehkan IPSec untuk menawarkan sistem keselamatan yang lebih versatil daripada TLS.
Mengkonfigurasikan Tetapan IPSecPengesahan IEEE 802.1X
Jika peranti cuba menyambungkan dan mula berkomunikasi pada rangkaian 802.1X, peranti tersebut mesti melalui pengesahan pengguna untuk membuktikan bahawa penyambungan itu dibuat oleh pengguna yang dibenarkan. Maklumat pengesahan dihantar kepada dan diperiksa oleh pelayan RADIUS, iaitu pelayan yang membenarkan atau menolak komunikasi kepada rangkaian bergantung pada keputusan pengesahan. Jika pengesahan gagal, suis LAN (atau titik capaian) menghalang capaian dari kawasan luar rangkaian. Mesin boleh menyambungkan kepada rangkaian 802.1X sebagai peranti pelanggan.
Mengkonfigurasikan Tetapan Pengesahan IEEE 802.1X