Skrin [Tetapan Volum]
Apabila anda menekan [Menu]
[Keutamaan]
[Tetapan Volum] pada skrin [Rumah] panel kawalan, skrin [Tetapan Volum] dipaparkan.
Anda boleh melaraskan kelantangan bunyi pemberitahuan, seperti apabila faks berjaya dihantar dan diterima dan tetapkan sama ada mesin mengeluarkan bunyi yang memberitahu anda tentang operasi dan status.
[Nada Faks] / [Nada Deringan] / [Nada Selesai TX] / [Nada Selesai RX] / [Nada Selesai Imbasan]
Anda boleh melaraskan kelantangan bunyi pemberitahuan berikut: Apabila menghantar faks, apabila menerima faks, apabila penghantaran faks selesai, apabila penerimaan faks selesai, atau apabila mengimbas dokumen asal faks selesai.
[Ton Kemasukan]
Tetapkan sama ada untuk mengeluarkan bunyi apabila anda menekan kekunci dan butang pada panel kawalan.
[Ton Kemasukan Tidak Sah]
Tetapkan sama ada untuk mengeluarkan bunyi apabila kekunci yang tidak sah ditekan, seperti apabila anda memasukkan nilai di luar julat tetapan.
[Nada Isi Semula Bekalan]
Tetapkan sama ada untuk mengeluarkan bunyi apabila kartrij toner menghampiri hujung hayatnya.
[Nada Amaran]
Tetapkan sama ada untuk mengeluarkan bunyi apabila mesin mengalami kertas tersekat atau kerosakan lain.
[Nada Selesai Kerja]
Tetapkan sama ada untuk mengeluarkan bunyi apabila operasi imbasan, salin, atau lain-lain pada mesin telah selesai.
[Amaran Jimat Tenaga]
Tetapkan sama ada untuk mengeluarkan bunyi apabila mesin masuk dan keluar mod tidur.
[Nada Pgesanan Dokumen asli di dlm Pnyuap]
Tetapkan sama ada untuk mengeluarkan bunyi apabila mesin mengesan dokumen asal yang diletakkan di penyuap.