Membersihkan Penyuap

Jika simptom berikut diperhatikan semasa menggunakan penyuap, untuk menghilangkan habuk dan debu grafit yang melekat dengan mengelap penggelek di dalam penyuap dan kawasan pengimbasan asal penyuap.
Dokumen asal menjadi kotor
Dokumen asal kerap tersekat
Cetakan ada kesan kotor selepas pengimbasan, penyalinan, atau penghantaran faks
1
Matikan kuasa dan tanggalkan kabel kuasa daripada saluran keluar. Mematikan Mesin
Mematikan mesin akan memadamkan sebarang data yang menunggu untuk dicetak.
2
Buka dulang bekalan dokumen asal.
3
Buka penutup penyuap.
 
MF289dw
 
MF286dn / MF284dw
 
 
4
Lap penggelek () di dalam penyuap dan kawasan sekeliling.
 
MF289dw
 
MF286dn / MF284dw
 
 
Lap dengan kain yang direndam dalam air dan diperah. Seterusnya, lap dengan kain yang lembut dan kering.
5
Tutup penutup penyuap dan dulang bekalan dokumen asal.
6
Buka penyuap.
7
Lap kawasan pengimbasan dokumen asal penyuap.
Lap dengan kain yang direndam dalam air dan diperah. Seterusnya, lap dengan kain yang lembut dan kering.
Semasa mengelap bahagian plastik lut sinar (), berhati-hati untuk tidak membengkokkan plastik.
8
Biarkan bahagian itu kering sepenuhnya.
9
Tutup penyuap perlahan-lahan.
10
Palamkan kabel kuasa ke soket dan hidupkan mesin. Menghidupkan Mesin
AL42-0A7