Bagi kualiti cetakan optimum, penggunaan Toner, Kartrij dan Alat Ganti Canon tulen adalah disyorkan. |
*1 Hasil purata berdasarkan "ISO/IEC 19752" (standard global yang berkaitan dengan "Kaedah untuk menentukan hasil kartrij toner untuk pencetak elektrofotografi monokromatik dan peranti pelbagai fungsi yang mengandungi komponen pencetak" dikeluarkan oleh Organisasi Antarabangsa untuk Pemiawaian (ISO)) semasa mencetak kertas biasa bersaiz A4 dengan tetapan kepadatan cetakan lalai. |
*1 Hasil purata berdasarkan "ISO/IEC 19752" (standard global yang berkaitan dengan "Kaedah untuk menentukan hasil kartrij toner untuk pencetak elektrofotografi monokromatik dan peranti pelbagai fungsi yang mengandungi komponen pencetak" dikeluarkan oleh Organisasi Antarabangsa untuk Pemiawaian (ISO)) semasa mencetak kertas biasa bersaiz A4 dengan tetapan kepadatan cetakan lalai. |
Simpan kartrij toner seperti yang diterangkan di bawah. Menyimpan kartrij toner di lokasi atau persekitaran yang tidak betul boleh menyebabkan masalah seperti kehilangan data. Simpan tanpa dibuka sehingga betul-betul sebelum digunakan. Simpan kartrij toner dalam keadaan berikut: Julat suhu simpanan: 0 - 35 °C Julat kelembapan simpanan: 35% hingga 85% RH (kelembapan relatif, bebas pemeluwapan)*1
Jangan simpan kartrij toner di lokasi berikut: Lokasi yang terdedah kepada api terbuka Lokasi yang terdedah kepada cahaya matahari langsung atau cahaya terang selama lima minit atau lebih Lokasi yang terdedah kepada udara masin yang berlebihan Lokasi yang terdedah kepada gas yang menghakis (contohnya, semburan aerosol atau ammonia) Lokasi yang sangat panas dan/atau lembap Lokasi yang mengalami perubahan suhu dan kelembapan yang mendadak mungkin menyebabkan pemeluwapan Lokasi yang sangat berdebu Lokasi dalam jangkauan kanak-kanak Lokasi yang berhanmpiran dengan produk yang dipengaruhi oleh kemagnetan (contohnya, cakera liut atau pemacu cakera) Jangan simpan kartrij toner dengan tegak atau terbalik. Simpan bahan pembungkusan dengan selamat untuk kegunaan masa depan. Ia akan diperlukan untuk situasi seperti menyimpan mesin dengan kartrij toner dikeluarkan. Canon berhak untuk meletakkan semula, membentuk semula, menambah, atau membuang bahan pembungkusan tanpa notis. |
Berhati-hati dengan kartrij toner yang palsuSila ambil perhatian bahawa terdapat kartrij toner Canon yang palsu di pasaran. Penggunaan kartrij toner yang palsu mungkin mengakibatkan kualiti cetakan yang rendah atau prestasi mesin yang tidak baik. Canon tidak bertanggungjawab atas sebarang kepincangan, kemalangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan kartrij toner palsu. Untuk maklumat lanjut, lihat https://global.canon/ctc/. |
Kartrij toner mungkin perlu diganti sebelum mencapai jumlah helaian purata yang dapat dicetak bergantung pada persekitaran pemasangan, saiz kertas yang akan dicetak, dan jenis dokumen asal. |