Memeriksa Penggunaan dan Log dengan UI Jarak Jauh
Daripada Status Monitor/Cancel di UI Jarak Jauh, anda boleh memeriksa status dan log bagi sesuatu fungsi, status operasi mesin, dan maklumat ralat.
1
Log masuk ke UI Jarak Jauh.
Memulakan UI Jarak Jauh2
Di halaman Portal UI Jarak Jauh, klik [Status Monitor/Cancel].
Halaman Portal UI Jarak Jauh3
Pilih item untuk melihat status atau log.
[Print]
[Job Status]
Memaparkan status (Mencetak atau Menunggu) data yang dicetak daripada komputer.
Jika anda log masuk dengan Mod Pentadbir, ini memaparkan status cetak untuk semua kerja.
Jika anda memasukkan nama pengguna anda di [User Name] apabila anda mengelog masuk dengan Mod Pengguna Umum, hanya status kerja cetak untuk pengguna tersebut yang dapat dilihat.
Klik [Job Number] untuk cetakan yang dijedakan untuk memaparkan butiran cetakan dan melihat nama pengguna dan bilangan helaian yang dicetak.
Klik [Cancel] di [Job Operation] untuk memadamkan data cetakan untuk kerja yang mencetak atau menunggu.
[Job Log]
Memaparkan log kerja cetak daripada komputer.
[Error Information]
Memaparkan maklumat ralat yang berlaku pada mesin.
* Anda boleh melihat maklumat yang sama dengan mengklik pautan yang dipaparkan di [Error Information] di halaman Portal.
[Consumables]
Memaparkan saiz kertas dan jenis setiap sumber kertas dan nama kartrij toner.
* Anda dapat melihat maklumat yang sama dengan mengklik [Check Consumables Details] di halaman Portal.
[Device Features]
Memaparkan spesifikasi mesin.
[Device Information]
Memaparkan maklumat mesin, seperti nama produk dan nombor siri, serta versi perisian tegar dan maklumat pengurus sistem.
[Device Name] dan [Location] memaparkan maklumat yang ditetapkan di [Settings/Registration]

[Device Management]

[Device Information Settings].
[System Manager Information] memaparkan maklumat yang ditetapkan di [Settings/Registration]

[User Management]

[System Manager Information].
[Check Counter]
Memaparkan jumlah bilangan halaman yang dicetak sehingga kini.
Memeriksa Bilangan Halaman Yang Dicetak (Periksa Pengira)[Cartridge Log]
Memaparkan rekod penggunaan dalam kartrij toner.
[Eco Information]
Memaparkan purata bilangan output helaian dan purata penggunaan tenaga sebulan.
4
Log keluar daripada UI Jarak Jauh selepas melihat penggunaan.