Mencetak dengan Cetakan Universal

Cetakan Universal ialah perkhidmatan Microsoft yang membolehkan anda mencetak dokumen melalui awan. Tidak perlu memasang pemacu pencetak untuk mencetak dokumen dari komputer anda. Anda juga boleh mencetak dokumen dari lokasi jauh selagi komputer anda disambungkan ke Internet.
Untuk menggunakan Cetakan Universal, anda mestilah merupakan pengguna berdaftar Microsoft 365 dan menggunakan Microsoft Entra ID.
Persediaan Yang Diperlukan
Daftarkan mesin pada Microsoft Entra ID, serta tetapkan ahli atau kumpulan yang akan menggunakan mesin tersebut. Mendaftarkan Mesin pada Microsoft Entra ID
Pada setiap komputer yang akan menggunakan Cetakan Universal, daftarkan mesin yang didaftarkan pada Microsoft Entra ID. Mendaftarkan Mesin pada Komputer
Untuk butiran mengenai cara mencetak menggunakan Cetakan Universal dan sistem pengendalian yang disokong, lihat laman web Microsoft.
https://docs.microsoft.com/
ALF3-03F