Tidak Dapat Mengakses UI Jarak Jauh
Jika mesej [Cannot access Remote UI.] atau [Cannot continue the settings because the function to perform settings for the device is restricted.] dipaparkan dan anda tidak dapat mengakses UI Jauh, lakukan pencarisilapan dengan memeriksa item-item di bawah.
Tetapkan Kata Laluan UI Jarak Jauh.
Untuk mengakses UI Jarak Jauh, anda mesti menetapkan kata laluan UI Jarak Jauh.
Kelayakan pentadbir diperlukan untuk mengkonfigurasikan tetapan.
* Anda tidak boleh menetapkan kata laluan yang terdiri daripada semua sifar, seperti "0000000".
Tukar PIN Pengurus Sistem.
Apabila mengelog masuk dengan Mod Pengurus Sistem, anda mesti menukar PIN Pengurus Sistem di tetapan lalai.
Kelayakan pentadbir diperlukan untuk menukar tetapan.
* Anda tidak boleh menetapkan ID atau PIN Pengurus Sistem yang terdiri daripada semua angka sifar, seperti "00" atau "0000000."
* Hanya membenarkan pentadbir tertentu memiliki akses ke ID Pengurus Sistem dan PIN selepas tetapan ditukar.