Bahagian Hadapan
Penyuap
Anda boleh meletakkan dua helai atau lebih dokumen asal dalam penyuap. Dokumen asal yang diletakkan akan disuap dan diimbas secara automatik sehelai demi sehelai.
Penyuap
Panel kawalan
Gunakan paparan dan kekunci untuk mengendalikan mesin dan mengesahkan pengendalian dan status.
Panel Kawalan
Pemegang angkat
Pegang pemegang angkat apabila mengalih mesin.
Slot pengudaraan
Udara di dalam mesin dikeluarkan melalui slot pengudaraan untuk menurunkan suhu di dalam mesin.
Jangan letak objek bersebelahan slot pengudaraan kerana ini akan menghalang pengudaraan.
Penghenti Kertas
Buka penghenti kertas untuk mengelakkan kertas daripada terjatuh keluar dari dulang output.
Penutup hadapan
Buka apabila menggantikan kartrij toner atau apabila kertas tersekat berlaku di dalam mesin.
Port USB (untuk peranti USB)
Anda boleh menyambung peranti memori USB komersil atau papan kekunci USB.
Suis kuasa
Menukar kuasa mesin antara ON (HIDUP) dan OFF (MATI).
Menghidupkan dan Mematikan Mesin
Dulang output
Kertas yang dicetak dan disalin dikeluarkan ke dulang output.
Laci kertas
Muatkan kertas yang selalu anda gunakan ke dalam laci kertas.
Laci Kertas
Dulang serba guna
Bagi menggunakan kertas yang tidak dimuatkan dalam laci kertas untuk sementara, muatkan kertas di dalam dulang serba guna.
Dulang Serba Guna
Kaca platen
Letak buku, kertas tebal, kertas nipis dan dokumen asal lain yang tidak boleh diletakkan di dalam penyuap pada kaca platen untuk mengimbas atau membuat salinan. Dokumen asal yang diletakkan diimbas dalam kedudukan tetap.
Meletakkan Dokumen Asal
Pembesar suara
|
Dokumen asal menjadi kotor Dokumen asal kerap tersekat Cetakan ada kesan kotor selepas pengimbasan, penyalinan, atau penghantaran faks |