Menyambung ke Wi-Fi dengan Menggunakan Butang Penghala (Mod Bebutang Tekan)

Jika penghala Wi-Fi anda menyokong mod butang tekan WPS, anda boleh menyediakan sambungan dengan mudah hanya dengan menggunakan panel kawalan mesin dan butang pada penghala Wi-Fi.
Kelayakan pentadbir diperlukan untuk menyambung ke Wi-Fi.
1
Pada panel kawalan, pilih [Menu] dalam skrin [Home] dan tekan . Skrin [Home]
2
Tekan [Keutamaan]    [Rangkaian]    [Tetapan Wi-Fi]  .
Skrin [Pilih Rangkaian] dipaparkan.
Jika skrin log masuk muncul, masukkan ID dan PIN Pentadbir dan kemudian tekan [<Log Masuk>]  . PIN dan ID Pentadbir
Jika mesej [Adakah anda ingin mendayakan Wi-Fi?] muncul, pilih [Ya] dan tekan .
Jika mesej [Tidak boleh menemui mana-mana titik capaian.] muncul, tekan [Tutup]  .
3
Pilih [Sambungan Lain] dan tekan .
4
Pilih [Mod Tekan Butang WPS] dan tekan .
Mesin mula mencari titik akses.
5
Selepas carian titik capaian bermula, tekan butang pada penghala Wi-Fi dalam masa 2 minit.
Tekan butang tersebut dalam masa dua minit. (Bergantung pada penghala Wi-Fi, anda mungkin perlu tekan dan tahan butang tersebut.)
* Untuk maklumat lanjut mengenai cara mengoperasikan butang tersebut, lihat manual penghala Wi-Fi anda.
6
Apabila [Disambungkan.] muncul pada panel kawalan, tekan .
Apabila mesin disambungkan ke Wi-Fi, [] muncul pada skrin [Home].
7
Tunggu beberapa minit.
Secara lalai, alamat IP ditetapkan secara automatik.
Untuk menggunakan alamat IP yang khusus, tetapkan ini secara manual.
Menetapkan Alamat IPv4
Menetapkan Alamat IPv6
Jika Mesej Ralat Muncul Semasa Operasi dan Sambungan Tidak Dapat Dilakukan
Tekan , dan ulangi prosedur ini bermula daripada Langkah 2.
EY1Y-013