Mengurus Lesen Aplikasi MEAP
Operasi fail lesen mungkin diperlukan pada masa-masa selain daripada memasang aplikasi MEAP. Contohnya, walaupun nilai pembilang berlesen atau tempoh penggunaan telah dilebihi atau telah tamat tempoh, anda boleh terus menggunakan aplikasi MEAP dengan menambah fail lesen. Di samping itu, jika anda ingin memadam aplikasi MEAP, anda dikehendaki memadam fail lesen terlebih dahulu.
1
Log masuk ke UI Kawalan Jauh.
Memulakan UI Kawalan Jauh2
Klik [Service Management Service] pada halaman portal.
3
Klik [MEAP Application Management], dan klik aplikasi untuk mengurus lesen.
4
Klik [License Management] dan laksanakan operasi yang dimaksudkan.
Menambah fail lesen
1 | Klik [Pilih Fail], pilih fail lesen untuk dipasang, dan klik [OK]. |
2 | Klik [Install]  [Yes]. Pemasangan bermula. Bergantung pada aplikasi MEAP, anda mungkin perlu memulakan semula (berhenti dan mulakan) aplikasi tersebut. Mengurus Aplikasi MEAP |
Menyimpan fail lesen pada komputer
Anda boleh menyimpan fail sandaran pada komputer anda sebelum memadam fail lesen. Jika anda ingin menyimpan, anda dikehendaki menyahdayakan fail lesen terlebih dahulu.
1 | Klik [Disable]  [Yes]. |
2 | Klik [Download], dan nyatakan lokasi untuk menyimpan fail lesen. Fail lesen yang dinyahdayakan dan fail lesen yang disimpan pada komputer anda boleh dipasang pada mesin yang sama sekali lagi. |
Memadam fail lesen
Sebelum memadam fail lesen, anda dikehendaki menyahdayakan fail lesen terlebih dahulu.
1 | Klik [Disable]  [Yes]. |
2 | Klik [Delete]  [Yes]. Sebaik sahaja anda memadam fail lesen yang dinyahdayakan, anda tidak boleh memuat turunnya daripada mesin. |