> Mesej Ralat/Kod Ralat > "Tetapan Krts dn Sz Dimuatkn Tdk Sepadan / Saiz/Tetapn Tdk Spadan" Dipaparkan
9FS3-001

"Tetapan Krts dn Sz Dimuatkn Tdk Sepadan / Saiz/Tetapn Tdk Spadan" Dipaparkan

Tukar tetapan mesin supaya sepadan dengan saiz kertas yang dimuatkan.
NOTA
Mencetak daripada komputer
Semak sama ada tetapan kertas dalam mesin adalah betul, dan pastikan juga saiz kertas dalam pemacu pencetak sepadan dengan saiz kertas yang dimuatkan.

Jika memuatkan kertas dalam laci kertas

1
Muatkan kertas.
Semak sama ada panduan kertas ditetapkan pada kedudukan yang betul,
Apabila memuatkan kertas saiz Legal (LBP674Cx / LBP673Cdw),
2
Pilih <Tetapan Kertas> di skrin Rumah.
3
Pilih laci kertas.
4
Pilih saiz kertas.
Jika anda memuatkan kertas bersaiz A5, pilih <A5R>.
Jika saiz kertas bagi kertas yang dimuatkan tidak dipaparkan, pilih <Saiz Lain>.
Jika kertas bersaiz tersuai dimuatkan (LBP674Cx / LBP248x /LBP122dw / LBP121dn ),
5
Pilih jenis kertas.
NOTA
Tentang <Bebas>
Jika anda perlu kerap menukar kertas yang dimuatkan, tetapkan ke <Bebas>; ini akan mengurangkan jumlah langkah yang diperlukan bagi menukar tetapan setiap kali. Namun, ambil perhatian bahawa tetapan ini membolehkan mesin menjalankan cetakan walaupun ada salah padan antara tetapan jenis kertas dalam pemacu pencetak dan jenis kertas yang sebenarnya dimuatkan dalam mesin.
Apabila tetapan jenis kertas dalam pemacu pencetak ialah [Auto], mesin beroperasi dengan cara yang sama seperti ketika jenis kertas ialah [Biasa 1].

Jika memuatkan kertas dalam dulang pelbagai guna (LBP674Cx / LBP673Cdw / LBP248x / LBP246dw / LBP243dw)

1
Muatkan kertas.
Jajarkan panduan kertas elok-elok dengan lebar kertas.
LBP674Cx / LBP673Cdw
LBP248x / LBP246dw / LBP243dw
2
Pilih saiz kertas.
Jika anda memuatkan kertas bersaiz A5, pilih <A5R>.
Jika saiz kertas bagi kertas yang dimuatkan tidak dipaparkan, pilih <Saiz Lain>.
Jika kertas bersaiz tersuai dimuatkan,
Jika skrin saiz kertas tidak dipaparkan walaupun semasa kertas dimuatkan dalam dulang pelbagai guna,