Tataletak skrin bagi e-Manual
e-Manual terbahagi kepada skrin yang berbeza, dan kandungan setiap skrin adalah berlainan.
Halaman Atas
Halaman ini muncul apabila e-Manual bermula.
Canon
Klik untuk kembali ke halaman atas dari mana-mana halaman lain.
Tab [Kandungan] / tab [Carian]
Klik untuk menukar paparan antara tab [Kandungan] dan tab [Carian].
Kandungan
Memaparkan tajuk bagi bab (

). Letakkan penuding tetikus atas satu daripada tajuk untuk memaparkan topik dalam bab berkenaan di sebelah kanan. Klik topik untuk memaparkan halamannya.
[Atas]
Klik untuk kembali ke halaman atas dari mana-mana halaman lain.
[Peta Tapak]
Klik untuk memaparkan tajuk bagi semua topik e-Manual.
[Bantuan]
Klik untuk memaparkan maklumat tentang cara melihat e-Manual, cara melakukan carian dan maklumat lain.
[Cetak]
Klik untuk mencetak halaman topik yang sedang dipaparkan.
Sorotan Penting Ciri
Halaman ini memberikan pelbagai contoh praktikal cara-cara untuk menggunakan mesin. Klik

/

/

untuk bertukar-tukar paparan contoh praktikal mengikut kategori, atau klik paparan lungsur untuk maklumat lanjut tentang setiap kategori. Paparan lungsur boleh dihentikan dengan menggerakkan penuding ke atasnya.
Sorotan Penting Ciri
[Bantuan Cepat]/[Penyelesaian masalah]/[Penyelenggaraan]
Klik untuk melihat cara menyelesaikan masalah atau menyelenggara mesin.
[Untuk Pengguna Mac OS]
Klik untuk melihat amaran apabila menggunakan Mac OS.
[Notis]
Klik untuk melihat maklumat penting yang perlu anda tahu apabila menggunakan mesin.
[Lokasi Pejabat]
Klik untuk memaparkan maklumat kenalan bagi sebarang pertanyaan tentang mesin.
Sorotan Penting Ciri
Halaman ini memberikan pelbagai contoh praktikal tentang cara menggunakan mesin.
Klik untuk membesarkan tetingkap bagi menunjukkan maklumat. Klik lagi untuk meruntuhkan tetingkap.
Klik untuk memaparkan halaman topik yang berkaitan.
Halaman Topik
Halaman topik mengandungi maklumat tentang cara untuk mengkonfigurasi dan menggunakan mesin.
[Kandungan]
Ikon bab dan tajuk topik dipaparkan pada tab ini.
[Kembangkan semua]/[Runtuhkan semua]
Klik [Kembangkan semua] untuk memaparkan semua subseksyen topik. Klik [Runtuhkan semua] untuk menutup semua subseksyen bagi semua topik.
Ikon bab
Klik ikon bab untuk navigasi ke bahagian atas bab yang sama.
Topik
Memaparkan topik bagi bab yang dipilih. Jika "+" dipaparkan pada topik, mengkliknya akan memaparkan subseksyen topik tersebut. Klik "-" untuk menutup suatu topik yang dikembangkan.
[Cetak semua]
Kesemua halaman bagi bab yang dipilih dibuka dalam tetingkap yang berasingan. Anda boleh mencetaknya sebagaimana yang diperlukan.
Navigasi
Ini menunjukkan topik bab yang anda sedang lihat.
Klik untuk kembali ke bahagian atas halaman.
Klik untuk memaparkan topik sebelum atau seterusnya.
Klik untuk lompat ke halaman berkenaan. Untuk kembali ke halaman sebelum, klik butang "Kembali" pada pelayar Web anda.
Klik untuk memaparkan penerangan terperinci yang terlindung. Klik semula untuk menutup penerangan terperinci.
Tab Carian
Tab ini mengandungi kotak teks untuk melakukan carian dan mencari halaman yang diingini.
[Masukkan kata kunci di sini]
Masukkan satu atau lebih kata kunci dan klik

untuk memaparkan hasil carian dalam senarai carian. Anda boleh masukkan frasa untuk mencari halaman yang mengandungi semua perkataan dalam frasa. Untuk mencari frasa yang tepat, sertakan carian dalam tanda petikan berganda.
[Pilihan carian]
Klik untuk menentukan keadaan carian seperti skop carian dan sensitiviti huruf.
Pemilih skop carian
Anda boleh menggunakan ini untuk memilih bab individu untuk dicari. Ini membolehkan anda mencari dengan lebih cekap, apabila anda dapat meramal bab yang mengandungi topik yang anda cari.
Pemilih pilihan carian
Pilih kotak semak untuk melakukan carian yang sensitif huruf.
[Cari dengan syarat ini]

dan

tentukan keadaan. Selepas menetapkannya, tekan ini untuk melakukan carian dan memaparkan hasil carian dalam senarai [Hasil].
Senarai hasil carian
Ini memaparkan halaman yang mengandungi kata kunci yang ditentukan. Daripada hasil, kesan halaman yang anda cari dan klik tajuk topik halaman. Jika hasil carian tidak dapat dipaparkan pada satu halaman, klik

/

atau nombor halaman untuk memaparkan hasil carian pada halaman yang berkenaan.
Peta Tapak
Halaman ini memaparkan tajuk bagi semua topik dalam e-Manual.
Ikon bab
Klik untuk melangkau ke senarai kandungan bagi bab yang dipilih.
Tajuk topik
Memaparkan tajuk dan topik. Klik tajuk untuk melangkau ke halaman topik yang berkenaan.
Klik untuk kembali ke bahagian atas halaman.
Klik untuk pergi ke bab sebelum atau seterusnya.