Memuatkan Kertas

Anda boleh memuatkan kertas ke dalam laci dan dulang pelbagai guna. Muatkan kertas yang kerap digunakan ke dalam laci. Ini berguna kerana anda boleh memuatkan jumlah helaian yang banyak. Apabila anda menggunakan kertas yang tidak dimuatkan di dalam laci untuk masa yang terhad, masukkan kertas ke dalam dulang pelbagai guna. Lihat Kertas untuk maklumat tentang saiz kertas yang tersedia.
Jenis Kertas dan Tetapan Kertas Pemacu Pencetak
Sebelum mencetak, rujuk jadual di bawah dan buatkan tetapan kertas yang sesuai dalam pemacu pencetak, mengikut jenis kertas yang telah dimuatkan. Lihat Operasi Pencetakan Asas untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai tetapan kertas dan lihat Kertas untuk maklumat tentang bilangan helaian yang boleh ditetapkan.
Jenis Kertas
Tetapan Kertas Pemacu Pencetak
Kertas biasa
60 hingga 89 g/m²
[Biasa [60-89 g/m2]]
[Biasa L [60-89 g/m2]]*1
Kertas guna semula
60 hingga 89 g/m²
[Kitar semula [60-89 g/m2]]
Kertas berwarna
60 hingga 89 g/m²
[Warna [60-89 g/m2]]
Kertas berat
90 hingga 120 g/m²
[Tebal 1 [90-120 g/m2]]
121 hingga 163 g/m²
[Tebal 2 [121-163 g/m2]]
Kertas bond
60 hingga 90 g/m²
[Bon 1 [60-90 g/m2]]*2 *5
91 hingga 120 g/m²
[Bon 2 [91-120 g/m2]]*3 *5
121 hingga 163 g/m²
[Bon 3 [121-163 g/m2]]*4 *5
Label *6
[Label]
Kad indeks
[Sampul]
Sampul
[Sampul]
*1 Jika kertas menjadi bergulung apabila [Biasa [60-89 g/m2]] dipilih, pilih tetapan ini sebagai ganti.
*2 Jika anda memilih [Biasa [60-89 g/m2]] apabila menggunakan kertas dengan permukaan yang kasar (60 hingga 89 g/m²), terdapat kemungkinan kertas akan tersekat atau toner mungkin tidak dapat ditetapkan sepenuhnya dan cetakan mungkin pudar. Jika demikian, pilih tetapan ini sebagai ganti.
*3 Jika anda memilih [Tebal 1 [90-120 g/m2]] apabila menggunakan kertas dengan permukaan yang kasar (90 hingga 120 g/m²), terdapat kemungkinan kertas akan tersekat atau toner mungkin tidak dapat ditetapkan sepenuhnya dan cetakan mungkin pudar. Jika demikian, pilih tetapan ini sebagai ganti.
*4 Jika anda memilih [Tebal 2 [121-163 g/m2]] apabila menggunakan kertas dengan permukaan yang kasar (121 hingga 163 g/m²), terdapat kemungkinan kertas akan tersekat atau toner mungkin tidak dapat ditetapkan sepenuhnya dan cetakan mungkin pudar. Jika demikian, pilih tetapan ini sebagai ganti.
*5 Jika kain menjadi kotor disebabkan toner, pilih ini sebagai ganti.
*6 Gunakan saiz A4 atau Surat sahaja.
Jangan gunakan jenis kertas yang berikut:
Kertas yang berkedut atau renyuk
Kertas yang bengkok atau bergulung
Kertas yang koyak
Kertas yang lembap
Kertas yang sangat nipis
Kertas dengan tekstur yang kasar
Kertas yang berkilat
Kertas yang telah digunakan pada mesin penyalin atau pencetak lain (jangan gunakan sisi kosongnya juga)
Pengendalian dan penyimpanan kertas
Simpan kertas di atas permukaan yang rata.
Biarkan kertas dibungkus dalam bungkusan asalnya untuk melindungi kertas daripada kelembapan atau kekeringan.
Jangan simpan kertas dengan cara yang boleh menyebabkan ia tergulung atau terlipat.
Jangan simpan kertas secara menegak atau menimbun terlalu banyak pakej kertas.
Jangan simpan kertas di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari secara terus, atau di tempat yang mempunyai kelembapan tinggi, kekeringan, atau perubahan suhu atau kelembapan yang mendadak.
Apabila mencetak pada kertas yang telah menyerap kelembapan
Wap mungkin dikeluarkan dari kawasan pengeluaran kertas, atau titisan air mungkin terhasil di sekitar kawasan output kertas. Ini bukan suatu kepincangan. Ia berlaku apabila haba yang digunakan untuk menetapkan toner pada kertas menyejatkan kelembapan di dalam kertas (paling mungkin berlaku pada suhu bilik rendah).
111X-00L