Mengkolat Cetakan mengikut Halaman
|
|
|
Apabila mencetak salinan dokumen halaman berbilang, pilih [Kolat] untuk mencetak set lengkap dalam susunan halaman berturutan. Fungsi ini berguna apabila menyediakan kertas sebaran untuk mesyuarat atau pembentangan.
|
Tab [Tetapan Asas]

Pilih [Kolat] atau [Kumpulan] dalam [Kolat/Kumpulan]

[OK]
[Kolat/Kumpulan]
Tentukan kaedah pengisihan untuk cetakan apabila mencetak dokumen halaman berbilang.
[Kolat]
Cetakan dikumpulkan sebagai set lengkap dalam susunan halaman berturutan. Contohnya, jika anda mencetak tiga salinan untuk dokumen yang mempunyai lima halaman, cetakan akan disusun dalam susunan halaman berikut: 1, 2, 3, 4, 5, 1, 2, 3, 4, 5, 1, 2, 3, 4, 5.
[Kumpulan]
Cetakan tidak dikolat. Contohnya, jika anda mencetak tiga salinan untuk dokumen yang mempunyai lima halaman, cetakan akan disusun dalam susunan halaman berikut: 1, 1, 1, 2, 2, 2, 3, 3, 3, 4, 4, 4, 5, 5, 5.
Jika anda memilih [Mati], sama ada cetakan dikolat atau tidak bergantung pada tetapan yang telah dibuat pada aplikasi tersebut.
PAUTAN