Keselamatan

Maklumat sulit dikendalikan oleh peranti maklumat di mana-mana sahaja, termasuk komputer dan pencetak, dan sebarang peranti ini mungkin menjadi sasaran pihak ketiga yang berniat jahat pada bila-bila masa. Penyerang boleh terus mendapat capaian tanpa keizinan pada peranti anda, atau secara tidak langsung mengambil kesempatan terhadap kecuaian atau penggunaan yang tidak wajar. Macam mana sekalipun, anda mungkin menanggung kerugian yang tidak diduga apabila maklumat sulit anda dibocorkan. Untuk mengatasi risiko tersebut, mesin ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi keselamatan. Tetapkan konfigurasi yang diperlukan bergantung pada persekitaran rangkaian anda.
Anda boleh konfigurasi sistem keselamatan yang terbaik dengan membina persekitaran yang menyekat akses kepada pencetak pada rangkaian dalaman anda melalui Internet dan menggunakan persekitaran sedemikian bersama dengan ciri-ciri keselamatan mesin itu. Mengelakkan Capaian Tanpa Keizinan

Mewujudkan Asas Keselamatan Maklumat

Pelaksanaan Ciri-Ciri Keselamatan Teguh

111X-02J