Pelaksanaan Ciri-Ciri Keselamatan Teguh
Pengguna yang diizinkan mungkin menanggung kerugian yang tidak diduga akibat serangan oleh pihak ketiga yang berniat jahat, seperti penghiduan, penipuan dan pengacauan data ketika ia mengalir melalui rangkaian. Untuk melindungi maklumat penting dan berharga anda daripada serangan ini, mesin ini menyokong ciri berikut untuk meningkatkan keselamatan dan kerahsiaan.
Komunikasi Tersulit TLS
TLS ialah protokol bagi penyulitan untuk data yang dihantar melalui rangkaian dan sering digunakan untuk komunikasi melalui pelayar web atau aplikasi e-mel. TLS membolehkan komunikasi rangkaian yang selamat apabila anda mencapai mesin daripada komputer melalui Remote UI.
Membolehkan Komunikasi Tersulit TLS untuk Remote UI
Pengesahan IEEE 802.1X
IEEE 802.1X ialah piawai dan mekanisme untuk menyekat capaian tanpa keizinan ke rangkaian dengan menguruskan maklumat pengesahan pengguna secara kolektif. Jika peranti cuba untuk bersambung dengan rangkaian 802.1X, peranti tersebut mesti melalui pengesahan pengguna untuk membuktikan bahawa penyambungan dibuat oleh pengguna yang diizinkan. Maklumat pengesahan dihantar dan disemak oleh pelayan RADIUS, yang membenarkan atau menolak komunikasi ke rangkaian bergantung pada keputusan pengesahan. Jika pengesahan gagal, suis LAN (atau titik capaian) menyekat capaian daripada luar rangkaian. Mesin tersebut boleh disambungkan ke rangkaian 802.1x sebagai peranti klien.
Mengkonfigurasi Pengesahan IEEE 802.1X
|
|
|
Fungsi IEEE 802.1X hanya dibolehkan apabila bersambung ke LAN berwayar. Jika mesin bersambung ke LAN wayarles, fungsi tidak boleh digunakan.
|
PAUTAN