Mencetak dari Komputer
Ini menerangkan prosedur asas untuk mencetak dari komputer.
Prasyarat
Sahkan bahawa syarat yang berikut telah dipenuhi. Lengkapkan operasi penyediaan.
Jika fungsi pemulihan maklumat peranti tidak ditetapkan secara automatik, anda perlu menetapkan pilihan peranti yang dipasang dalam peranti secara manual dalam pemacu.
Prosedur
1.
Pilih [Cetak] dari menu aplikasi.
Semasa mencetak dari apl Windows Store atau apl Windows
Semasa menggunakan Windows 10:
Pilih [Cetak] dari menu apl.
Semasa menggunakan Windows 8/Server 2012:
Paparkan bar butang capaian di sebelah kanan skrin → klik [

Peranti] → pencetak yang anda gunakan → [Cetak].
Semasa menggunakan Windows 8.1/Server 2012 R2:
Paparkan bar butang capaian di sebelah kanan skrin → klik [

Peranti] → [

Cetak] → pencetak yang anda gunakan → [Cetak].
Jika anda mencetak dengan prosedur di atas, hanya beberapa fungsi cetakan boleh ditetapkan.
2.
Pilih peranti → klik [Keutamaan], [Sifat Pencetak] atau [Sifat].
3.
Tetapkan fungsi seperti yang diperlukan dalam skrin tetapan cetakan pemacu → klik [OK].
Rujuk bantuan untuk penerangan tetapan.
4.
Klik [Cetak] (atau [OK]).
Topik Berkaitan