Tab [Akhiran] (Tetapan)
Klik salah satu pautan berikut untuk lompat ke penerangan.
Bergantung pada apa yang anda pilih untuk [Gaya Cetak], tetapan dipaparkan berubah seperti berikut.
Apabila anda memilih [Pencetakan 1 muka] atau [Pencetakan 2 muka]:
[Ofset] ([Bilangan Salinan untuk Ofset])
|
Apabila anda memilih [Pencetakan Buku kecil]:
[Ofset] ([Bilangan Salinan untuk Ofset])
|
Apabila anda memilih [Pengikatan Sempurna [1 muka]] atau [Pengikatan Sempurna [2 muka]]:
|
Penerangan mengenai Tetapan
[Profil]
Memilih profil menggunakan tetapan yang didaftarkan. Ini berguna untuk menyimpan tetapan yang kerap digunakan.
[Tambah]
Membolehkan anda mendaftar tetapan semasa sebagai profil. Anda boleh menetapkan nama dll. dalam
Kotak Dialog [Tambah Profil].
[Edit]
Membolehkan anda mengedit, mengimport dan mengeksport profil dalam
Kotak Dialog [Edit Profil].
[Kaedah Output]
Membolehkan anda memilih kaedah mengoutput data cetakan.
[Cetak]
Melakukan pencetakan normal.
[Tahan]
Menyimpan data cetakan buat sementara waktu dalam baris gilir pegangan dalam pencetak. Fungsi ini berguna apabila anda ingin melakukan pencetakan pruf. Anda boleh menetapkan nama data dalam
Kotak Dialog [Tahan Butiran] dengan mengklik [Butiran].
[Pencetakan Selamat]
Melampirkan PIN (kata laluan) pada data cetakan dan menyimpannya dalam pencetak. Fungsi ini berguna apabila mencetak dokumen sulit dll. Anda boleh menetapkan nama pengguna dan PIN atau kata laluan dengan mengklik [Butiran].
[Simpan]
Menyimpan data cetakan dalam kotak yang terdapat di dalam pencetak. Anda boleh menetapkan destinasi simpanan dengan mengklik [Butiran]
(Kotak Dialog [Simpan Butiran]).
[Naik aras Cetak]
Mencetak kerja cetakan sebelum kerja cetakan lain selepas kerja cetakan semasa selesai.
[Edit dan Pratonton]
Menggabungkan berbilang fail menjadi satu semasa mencetak. Anda juga boleh melihat pratonton cetakan dan mengubah tetapan cetak. Mengklik [Butiran] membolehkan anda menetapkan kaedah output selepas Edit dan Pratonton. Jika anda memilih [Kunci], [Kaedah Output] dikunci dalam mod [Edit dan Pratonton]. Fungsi ini berguna untuk mengehadkan kaedah output bagi klien dalam persekitaran perkongsian pencetak.
[Kunci] hanya boleh ditetapkan apabila skrin pemacu pencetak dipaparkan dari menu Mula (lihat Mengubah Tetapan Lalai).
|
[Gaya Cetak]
Membolehkan anda menukar di antara pencetakan 1 muka dan 2 muka. Bergantung pada model pencetak yang anda guna, anda mungkin juga boleh memilih pencetakan buku kecil dan penjilidan sempurna.
Tetapan lalai untuk [Gaya Cetak] untuk sesetengah pencetak yang menyokong pencetakan 2 muka ialah [Pencetakan 2 muka]. Untuk butiran tentang bertukar antara pencetakan 2 muka dan pencetakan 1 muka, lihat Pencetakan 1 muka dan 2 muka.
|
Apabila anda memilih [Pencetakan 1 muka] atau [Pencetakan 2 muka] untuk [Gaya Cetak]:
[Cetak dengan Orientasi/Saiz Kertas Campuran]/[Cetak dalam Orientasi Berbeza]
Pilih tetapan ini apabila mencetak data bagi saiz halaman dan tetapan orientasi berbeza dari halaman ke halaman. Klik [Butiran] (
Kotak Dialog [Tetapan Terperinci] (Tab [Akhiran])) untuk tetapkan lokasi dan lebar penjilidan.
[Lokasi Pengikatan]
Membolehkan anda memilih tepi mana bagi kertas untuk dijilid. Klik [Sela] untuk menetapkan lebar sela.
Jika anda ubah [Orientasi] di dalam tab [Tetapan Asas]/[Persediaan Halaman], [Lokasi Pengikatan] diubah ke kiri atau atas. Hubungan kedudukan tepi panjang/tepi pendek dikekalkan.
|
[Akhiran]
Apabila mencetak berbilang salinan, membolehkan anda menetapkan susunan halaman dan sama ada untuk mengokot halaman.
[Mati]
Ikut tetapan aplikasi.
[Kolat]
Mengoutput bilangan salinan yang ditetapkan dalam susunan halaman.
[Kumpulan]
Mengoutput bilangan salinan yang ditetapkan dengan semua halaman mempunyai nombor halaman yang sama dikumpulkan bersama.
[Kokot + Kolat], [Kokot & Kolat], [Kokot + Kumpulan], [Kokot & Kumpulan], [Eko (Bbas Dwai Kokot) + Kolat], [Eko (Bbas Dwai Kokot) + Kumpulan]
Mengoutput halaman dalam susunan ditentukan untuk [Kolat] atau [Kumpulan] dikokot bersama. "Eko (Bebas Kokot)" adalah satu kaedah menetapkan halaman bersama tanpa menggunakan kokot dan boleh digunakan apabila satu penyelesai yang menyokong penjilidan tanpa kokot dipasang. Mengklik [Posisi Kokot] membolehkan anda menetapkan kedudukan kokot.
Mengokot normal dan penjilidan bebas kokot tidak boleh digunakan bersama.
Jika anda mengubah [Orientasi] di dalam tab [Tetapan Asas]/[Persediaan Halaman], kedudukan kokot kembali ke kedudukan lalai. Ini adalah kiri atas untuk pengokotan tunggal dan kiri atau atas untuk pengokotan berganda.
Jika kedudukan kokot ditentukan dalam [Posisi Kokot] dalam pemacu dan [Lokasi Pengikatan] yang ditentukan dalam aplikasi yang tidak sepadan, kedudukan kokot akan diubah ke kiri atas.
|
[Ofset]
Mengoutput setiap salinan dokumen supaya ia diofset relatif pada salinan sebelum dan selepasnya. Fungsi ini adalah berguna untuk memisahkan setiap salinan. Anda boleh menetapkan sebanyak mana salinan diofset. [Bilangan Salinan untuk Ofset].
Pilihan yang diperlukan: Penyelesai
Keadaan yang diperlukan: Pilih [Tetapan Asas] atau tab [Akhiran] → [Akhiran] → [Kolat]/[Kumpulan]/[Kokot + Kolat]/[Eko (Bbas Dwai Kokot) + Kolat]/[Kokot & Kolat]/[Kokot + Kumpulan]/[Eko (Bbas Dwai Kokot) + Kumpulan]/[Kokot & Kumpulan]
Saiz kertas disokong: A3, B4, A4, B5, Surat, 11x17 dan Undang-undang
|
[Putar]
Output setiap salinan dokumen pada sudut 90 darjah relatif pada salinan sebelum dan selepasnya. Fungsi ini adalah berguna untuk memisahkan setiap salinan.
Tetapan ini tidak tersedia apabila penyelesai pilihan disertakan.
Keadaan yang diperlukan:
Pilih tab [Tetapan Asas] atau [Akhiran] → [Akhiran] → [Kolat] atau [Kumpulan]
Pilih tab [Sumber Kertas] → [Sumber Kertas] → [Auto]
Saiz kertas disokong: A4, B5 dan Surat.
|
[Tebukan Lubang]
Mengoutput dokumen dengan pelbagai lubang untuk penjilidan cincin.
Pilihan yang diperlukan: Penyelesai, unit penebuk.
Saiz disokong:
Apabila lokasi penjilidan adalah tepi pendek: A3, B4, A4, B5, Surat, 11x17 dan Undang-undang
Apabila lokasi penjilidan adalah tepi panjang: A4, B5 dan Surat
|
[Lipat]
Melipat halaman apabila mengoutputnya: Mengklik [Butiran Lipat] membolehkan anda menentukan arah lipatan (apabila anda memilih [Lipat C], [Lipat Separa], [Lipat Z Akordion], [Lipat Selari Berkembar] dan [Lipatan Pelana]).
Apabila anda memilih [Pencetakan Buku kecil] untuk [Gaya Cetak]:
[Buku kecil]
Dalam
Kotak Dialog [Tetapan Terperinci untuk Buku kecil], anda boleh mengkonfigurasi tetapan terperinci seperti sela, pembetulan sesaran, dll.
[Tetapan Jahitan Pelana]
Mencetak buku kecil yang dilipat separuh dan dijahit pelana (dikokot di tengah). Merapikan akan memotong tepi halaman supaya semuanya sejajar.
Pilihan yang diperlukan: Penyelesai pelana
|
[Laras Pangkas Kelebaran mengikut]/[Tetapan Pangkas]
Tetapan ini tersedia apabila anda menetapkan [Lipat + Jahitan Pelana + Pangkas] atau [Lipat + Pangkas] untuk [Tetapan Jahitan Pelana].
[Tetapan Peranti]/[Pangkas mengikut Tetapan Peranti]
Mengikut tetapan pencetak.
[Tetapan Manual]/[Pangkas Depan]/[Tentukan Pangkas Kelebaran Depan]
Memangkas tepi terbuka sahaja. Anda boleh menentukan lebar pemangkasan yang dikehendaki.
[Pangkas Depan dan Atas/Bawah]/[Tentukan Pangkas Kelebaran Depan dan Atas/Bawah]
Memangkas tepi terbuka, atas dan bawah. Anda boleh menentukan lebar pemangkasan yang dikehendaki.
[Tentukan Lebar Akhiran]
Membolehkan anda menentukan hanya lebar saiz akhiran apabila memangkas.
[Tentukan Tinggi dan Lebar Akhiran]
Membolehkan anda menentukan lebar saiz akhiran apabila memangkas.
Pilihan yang diperlukan: Pemangkasan depan (Tentukan lebar akhiran): Penyelesai pelana dan pemangkas pemangkasan 3 arah (Tentukan lebar dan tinggi akhiran): Penyelesai pelana, pemangkas dan pemangkas buku kecil dua pisau
Nilai sama digunakan untuk kedua-dua lebar pemangkasan atas dan bawah (jika anda tentukan 3.0 mm (0.11 inci), kedua-dua tepi atas dan tepi bawah setiap halaman dipangkas sebanyak 3.0 mm (0.11 inci)).
Jika saiz akhir selepas pemangkasan adalah 190.0 mm (7.48 inci) atau kurang, tetapan pangkas atas dan bawah mungkin tidak digunakan dengan betul.
Tetapan lebar dan tinggi dan julat tetapan saiz akhiran berdasarkan output saiz kertas.
[Lebar Akhiran] dan [Pangkas Kelebaran Depan], dan [Ketinggian Akhiran] dan [Pangkas Kelebaran Atas/Bawah] adalah berkaitan. Walaupun anda boleh memasukkan nilai dalam peningkatan 0.1 mm atau kurang untuk [Pangkas Kelebaran Depan] dan [Pangkas Kelebaran Atas/Bawah], apabila anda menekan butang [OK]/[Guna], unit 0.1 mm atau kurang adalah terpenggal. Untuk [Lebar Akhiran] dan [Ketinggian Akhiran], nilai dikira semula dari tetapan terpenggal ditetapkan.
|
[Ofset]
Mengoutput setiap salinan dokumen supaya ia diofset relatif pada salinan sebelum dan selepasnya. Fungsi ini adalah berguna untuk memisahkan setiap salinan. Anda boleh menetapkan sebanyak mana salinan diofset. [Bilangan Salinan untuk Ofset].
Pilihan yang diperlukan: Penyelesai
Kedudukan yang diperlukan: Pilih tab [Tetapan Asas] → [Pencetakan 1 muka/2 muka/Buku kecil] → [Pencetakan Buku kecil] → [Tetapan Jahitan Pelana] → tetapan yang tidak melakukan pemangkasan, atau tab [Akhiran] → [Gaya Cetak] → [Pencetakan Buku kecil] → [Tetapan Jahitan Pelana] → tetapan yang tidak melakukan pemangkasan
Saiz kertas disokong: A3, B4, A4, B5, Surat, 11x17 dan Undang-undang
|
Apabila anda memilih [Pengikatan Sempurna [2 muka]] atau [Pengikatan Sempurna [1 muka]] untuk [Gaya Cetak]:
[Senarai Tetapan]
Anda boleh mengesahkan tetapan semasa sebagai senarai. Mengklik [Tetapan Pengikatan Sempurna]
(Kotak Dialog [Tetapan Pengikatan Sempurna]) membolehkan anda menukar tetapan.
[Output Kertas]
Membolehkan anda menetapkan dulang mana kertas akan dioutput.
Memilih [Auto] akan menukar secara automatik output kertas ke penimbun lain apabila penimbun yang sedang digunakan telah penuh.
|
[Suap A5 Secara Melintang]
Menyuap saiz A5 secara melintang semasa pencetakan.
[Tindan Butiran]
Jika anda telah menetapkan timbunan penimbun untuk [Output Kertas], papar
Kotak Dialog [Tindan Butiran] dan konfigurasi tetapan terperinci untuk penimbun.
Keadaan yang Diperlukan:
Pilih tab [Tetapan Peranti] - [Fungsi] - [Versi Fungsi] - [2.0 atau terbaru]
Pilih tab [Tetapan Peranti] - penimbun berkapasiti tinggi untuk [Penimbun]
Tetapkan timbunan penimbun dalam [Output Kertas]
|
[Cetak pada Muka Lain]
Apabila mencetak pada kedua-dua belah kertas, pilih fungsi ini untuk mencetak di belakang kertas yang dicetak.
[Tetapan Lanjutan]
Membolehkan anda mengkonfigurasi tetapan terperinci berkaitan dengan akhiran dalam
Kotak Dialog [Tetapan Lanjutan] (Tab [Akhiran]).
[Kembalikan Lalai]
Mengembalikan semua tetapan ke nilai standardnya (lalai).
[Papar Tetapan]
Membolehkan anda menyemak tetapan semasa dalam senarai.
[Papar Tetingkap Status Pencetak]
Klik [

] untuk memaparkan Tetingkap Status Pencetak. Tetingkap Status Pencetak membolehkan anda menyemak status pencetak, melaksanakan fungsi utiliti, menentukan tetapan untuk unit pencetak dan banyak lagi.
Untuk butiran mengenai Tetingkap Status Pencetak, rujuk bantuan yang dipaparkan dari bar menu [Bantuan].