Kotak Dialog [Tetapan Terperinci] (Tab [Warna])

Menentukan tetapan terperinci untuk pencetakan warna.
Klik salah satu pautan berikut untuk lompat ke penerangan.
 
Penerangan di bawah Tab [Warna] (Tetapan)

Penerangan mengenai Tetapan

[Teks Hitam Tulen]
Membolehkan anda memilih sama ada untuk mencetak teks hitam (R=G=B=0) menggunakan toner hitam sahaja.
[Pencetak Lalai]
Mengguna tetapan pencetak.
[Mati]
Mencetak hitam menggunakan semua warna toner.
[Hidup]
Mencetak hitam menggunakan toner hitam sahaja.
[Cetak lampau Hitam]
Apabila mencetak teks hitam pada latar belakang warna, membolehkan anda pertama sekali mencetak seluruh latar belakang warna dan kemudian, menindih teks hitam di atas latar belakang warna bagi mengelakkan salah daftar. Tetapan ini tersedia hanya apabila [Teks Hitam Tulen] dipilih
[Pencetak Lalai]
Mengguna tetapan pencetak.
[Mati]
Mencetak latar belakang warna dengan bahagian hitam latar depan dibiarkan kosong dan kemudian mengisi latar depan hitam.
[Hidup]
Mencetak seluruh latar belakang dalam warna, dan kemudian mencetak lampau ini dengan latar depan hitam.
[Gabung Pemisahan Warna]
Membolehkan anda memilih cara untuk mencetak data CMYK berasingan semasa mencetak pemisahan dari aplikasi PostScript.
Apabila anda memilih [Hidup] untuk fungsi ini, anda mungkin tidak dapat menggunakan pencetakan tera air, tataletak halaman, pemilihan kertas, poster, pencetakan buku kecil, N atas 1 (selain daripada 1, 2 dan 4) dan fungsi CanoFine.
[Cetak lampau Komposit]
Membolehkan anda mencetak lampau objek atribut cetakan lampau yang ditetapkan dari aplikasi dalam keadaan output kompositnya.
Memandangkan semua warna digunakan dalam set data dicetak lampau pada satu plat, anda boleh mengesahkan hasil siap tanpa memisahkan warna.
[Sepadan Warna Titik]
Menentukan kaedah optimum bagi menghasilkan semula warna tompok (warna khas). Menggunakan profil warna dinamakan yang ditentukan dalam aplikasi, anda boleh menukar warna kepada nilai CMYK bebas peranti yang terdekat dengan warna tompok. Untuk melakukannya, pertama sekali, anda perlu muat turun profil warna yang dinamakan ke pencetak menggunakan pemuat turun sumber.
[Kepadatan Toner]
Membolehkan anda melaraskan kepadatan toner. Fungsi ini berguna apabila anda ingin menjimatkan toner dan untuk melaraskan kepadatan toner semasa mencetak kod bar. Jika [Butiran] dipaparkan, anda boleh melaraskan kepadatan dan melakukan pelarasan halus bagi kepadatan setiap warna dalam kotak dialog [Butiran Kepadatan Toner].
Jika anda memilih [Pencetak Lalai], anda mungkin mendapat hasil cetakan tidak diingini bergantung pada tetapan pada pencetak. Contohnya, tetapan [Pencetak Lalai] mungkin menghasilkan output lebih cerah daripada tetapan [-1 [Cerah]].
Jika [Simpan] atau [Tahan] dipilih untuk [Kaedah Output], anda tidak boleh melaraskan kepadatan toner dalam [Butiran].
Fungsi yang tidak boleh digunakan dengan fungsi ini: [Simpanan Toner] → [Hidup]
[Kecerahan]
Membolehkan anda memilih sama ada kecerahan ditetapkan dari pencetak atau hos.
Memilih kotak semak ini menentukan sama ada tetapan kecerahan pada pencetak dilaraskan pada hos.
Pilih kotak semak dan seret gelangsar ke kiri atau kanan untuk membuatkan imej lebih gelap atau lebih cerah.
[Profil Skala kelabu]
Membolehkan anda memilih sama ada profil tetapan warna digunakan semasa mencetak dalam skala kelabu.
[Pelarasan Input Warna RGB]
Membolehkan anda untuk secara manual menetapkan tetapan warna. Mengklik butang [Tetapan] memaparkan kotak dialog untuk menentukan tetapan warna secara manual.
[Tingkatkan (Warna)]
Klik butang bagi warna yang anda ingin kuatkan. Anda boleh melaraskan warna dengan mengklik dan menyeret imej ke arah warna yang anda ingin kuatkan.
[Kecerahan]
Laraskan kecerahan dengan bar gelangsar.
[Kontras]
Laraskan kontras dengan bar gelangsar.
[Kembalikan Lalai]
Mengembalikan semua tetapan ke nilai standardnya (lalai).
[Gunakan CanoFine]
Secara automatik melaraskan warna bitmap dalam dokumen untuk dicetak. Contohnya, gunakan fungsi ini untuk mencetak imej yang diambil dengan kamera digital. Klik [Tetapan] untuk mengkonfigurasi tetapan terperinci.
[Pemprosesan Kelompok Halaman tunggal]
Memproses berbilang bitmap pada halaman sebagai item data tunggal. Pilih kotak semak ini untuk mencetak bitmap berputar atau bitmap dengan bentuk dipotong daripadanya.
[Penepuan Dipertingkat]
Menekankan keamatan warna untuk pemprosesan CanoFine.
[Bezakan antara Halaman Warna/B&W pada Hos]
Membolehkan komputer hos membezakan sama ada dokumen akan dicetak dalam warna atau hitam dan putih.
Jika terdapat amaun besar data bitmap disertakan dalam data cetakan, dokumen dicetak dalam warna.
[Guna Tetapan Warna/B&W daripada Aplikasi]
Mencetak dengan keutamaan diberikan kepada tetapan cetak warna atau tetapan cetak hitam dan putih bagi aplikasi.