Penyelesaian Masalah

Jika pelaksanaan aplikasi gagal, mesej dan kod ralat (simbol hash (#) diikuti dengan angka 3 digit) muncul. Butiran mesej dan kod ralat ditunjukkan di bawah.

Apabila Mesej Ralat Muncul di Skrin Utama

Gangguan aplikasi telah dikesan untuk xxxx. Selepas menyahdayakan aplikasi terganggu yang telah dikesan, OFF dan ON kuasa utama semula. Untuk menggunakan aplikasi yang gangguan telah dikesan, pasangkannya semula. (xxxx ialah nama aplikasi.)

Aplikasi yang terpasang telah diusik.

Jika aplikasi yang tidak diprapasang telah diusik, ia menjadi tidak sah. Pasang semula salinan sah aplikasi tersebut.
Jika pemasangan semula aplikasi gagal, hubungi penjual Canon atau pembekal khidmat tempatan anda yang sah.
Tidak boleh memulakan aplikasi.

Butang telah ditekan pada masa yang sama apabila aplikasi dinyahdayakan.

Jika butang kekal dipaparkan, tekannya semula untuk melaksanakan aplikasi.
Tidak boleh memulakan aplikasi kerana maklumat diperlukan tidak didaftarkan. Daftar maklumat daripada UI Kawalan Jauh.

Maklumat yang diperlukan untuk pelaksanaan aplikasi belum didaftarkan.

Log masuk ke UI Jauh dalam mod Pengurus Sistem dan daftarkan maklumat yang diperlukan.
Tidak dapat melaksanakan operasi kerana sesetengah tetapan telah diubah daripada UI Kawalan Jauh, dll. Semak tetapan.

Tetapan semasa menyebabkan aplikasi tidak dapat dilaksanakan.

Log masuk ke UI Jauh dalam mod Pengurus Sistem dan ubah tetapan.
Templat Cetakan ditamatkan kerana ralat tidak dijangka.

Tetapan saiz kertas tersuai tidak dibuat pada mesin.

Untuk menggunakan kertas saiz tersuai dengan fungsi Templat Cetakan, anda perlu mengkonfigurasi tetapan saiz kertas. Jika mesin anda tidak membenarkan anda menjalankan pendaftaran saiz kertas dalam halaman tetapan Templat Cetakan, gunakan panel operasi untuk mendaftar saiz tersuai yang dimahukan sebagai <S1>. Jika mesin anda membenarkan anda menentukan nombor pendaftaran untuk saiz kertas tersuai ([S1] kepada [S3]), gunakan panel operasi untuk menentukan nombor pendaftaran yang dimahukan.
Gangguan sistem telah dikesan. Sistem akan dimulakan.

Sistem pelaksanaan aplikasi telah diusik.

Ikut arahan pada skrin untuk mengasalkan sistem pelaksanaan aplikasi. Pengasalan sistem pelaksanaan aplikasi memerlukan kelayakan Pentadbir. Hubungi pentadbir mesin anda.
Apabila pengasalan sistem pelaksanaan aplikasi dijalankan, semua tetapan bagi setiap aplikasi juga akan diasalkan.
Sekiranya permulaan sistem pelaksanaan aplikasi gagal, hubungi pengedar Canon atau pembekal perkhidmatan tempatan anda yang sah.

Apabila Kod Ralat Muncul dalam Laporan dan/atau di Skrin Sejarah Kerja

#804

Penghantaran gagal kerana pengimbasan tidak selesai dalam had masa.

Semasa menggunakan aplikasi awan untuk menghantar fail, pastikan bahawa prosedur dari permulaan pengimbasan hingga mula penghantaran tidak melebihi 10 minit. Jika anda menghantar dokumen asal yang terdiri daripada banyak halaman, bahagikan dokumen asal itu menjadi beberapa bahagian dan hantar setiap bahagian secara berasingan.
#099

Percetakan gagal kerana muat turun fail tidak selesai dalam had masa.

Semasa menggunakan aplikasi awan untuk mencetak fail, pastikan bahawa memuat turun fail yang akan dicetak diselesaikan dalam masa 10 minit. Optimumkan fail untuk mengurangkan saiznya atau bahagikan halaman sebagaimana perlu.
1FKA-00A