Fungsi Biasa kepada Semua Tab (Tetapan)

Klik salah satu pautan berikut untuk lompat ke penerangan.

 
Lihat Fungsi Biasa kepada Semua Tab (Apa yang Boleh Anda Lakukan)

Penerangan mengenai Tetapan

[Profil]
Memilih profil menggunakan tetapan yang didaftarkan. Ini berguna untuk menyimpan tetapan yang kerap digunakan.
Mencetak Dengan Profil
[Tambah]
Membolehkan anda mendaftar tetapan semasa sebagai profil. Anda boleh menetapkan nama dll. dalam Kotak Dialog [Tambah Profil].
Menambah Profil
[Edit]
Membolehkan anda mengedit, mengimport dan mengeksport profil dalam Kotak Dialog [Edit Profil].
Mengedit Senarai Profil
[Kaedah Output]
Membolehkan anda memilih kaedah mengoutput data cetakan.
[Cetak]
Melakukan pencetakan normal.
[Fungsi Pencetakan Selamat]
Melampirkan PIN pada data cetakan dan menyimpannya dalam pencetak. Fungsi ini berguna apabila mencetak dokumen sulit dll. Anda boleh menetapkan nama pengguna dan PIN dengan mengklik [Butiran].
Pencetakan Selamat
[Simpan]
Menyimpan data cetakan dalam kotak dalam pencetak. Anda boleh menetapkan destinasi simpanan dengan mengklik [Butiran] (Kotak Dialog [Simpan Butiran]).
Menyimpan Data Cetakan
[Edit dan Pratonton]
Menggabungkan berbilang fail menjadi satu semasa mencetak. Anda juga boleh melihat pratonton cetakan dan mengubah tetapan cetak. Jika anda memilih [Kunci], [Kaedah Output] dikunci dalam mod [Edit dan Pratonton]. Fungsi ini berguna untuk mengehadkan cara output bagi klien dalam persekitaran pencetak dikongsi.
Menggabungkan Berbilang Fail
[Kunci] hanya boleh ditetapkan apabila skrin pemacu pencetak dipaparkan dari menu Mula (lihat Mengubah Tetapan Lalai).
[Papar Tetapan]
Membolehkan anda menyemak tetapan semasa dalam senarai.
[Tetapan Bahasa]
Membolehkan anda menetapkan bahasa paparan.