Tab [Akhiran] (Tetapan)
Klik salah satu pautan berikut untuk lompat ke penerangan.
Bergantung pada apa yang anda pilih untuk [Gaya Cetak], tetapan dipaparkan berubah seperti berikut.
|
Apabila anda memilih [Pencetakan 1 muka] atau [Pencetakan 2 muka]:
|
|
Apabila anda memilih [Pencetakan Buku kecil]:
|
Penerangan mengenai Tetapan
[Profil]
Memilih profil menggunakan tetapan yang didaftarkan. Ini berguna untuk menyimpan tetapan yang kerap digunakan.
[Tambah]
Membolehkan anda mendaftar tetapan semasa sebagai profil. Anda boleh menetapkan nama dll. dalam
Kotak Dialog [Tambah Profil].
[Edit]
Membolehkan anda mengedit, mengimport dan mengeksport profil dalam
Kotak Dialog [Edit Profil].
[Kaedah Output]
Membolehkan anda memilih kaedah mengoutput data cetakan.
[Cetak]
Melakukan pencetakan normal.
[Fungsi Pencetakan Selamat]
Melampirkan PIN pada data cetakan dan menyimpannya dalam pencetak. Fungsi ini berguna apabila mencetak dokumen sulit dll. Anda boleh menetapkan nama pengguna dan PIN dengan mengklik [Butiran].
[Simpan]
Menyimpan data cetakan dalam kotak yang terdapat di dalam pencetak. Anda boleh menetapkan destinasi simpanan dengan mengklik [Butiran]
(Kotak Dialog [Simpan Butiran]).
[Edit dan Pratonton]
Menggabungkan berbilang fail menjadi satu semasa mencetak. Anda juga boleh melihat pratonton cetakan dan mengubah tetapan cetak. Jika anda memilih [Kunci], [Kaedah Output] dikunci dalam mod [Edit dan Pratonton]. Fungsi ini berguna untuk mengehadkan cara output bagi klien dalam persekitaran pencetak dikongsi.
[Kunci] hanya boleh ditetapkan apabila skrin pemacu pencetak dipaparkan dari menu Mula (lihat Mengubah Tetapan Lalai).
|
[Gaya Cetak]
Membolehkan anda bertukar antara pencetakan 1 muka dan 2 muka. Bergantung pada model pencetak yang anda guna, anda mungkin juga boleh memilih pencetakan buku kecil.
Tetapan lalai untuk [Gaya Cetak] bagi sesetengah pencetak yang menyokong pencetakan 2 muka ialah [Pencetakan 2 muka]. Untuk butiran tentang bertukar antara pencetakan 2 muka dan pencetakan 1 muka, lihat Pencetakan 1 muka dan 2 muka.
|
Apabila anda memilih [Pencetakan 1 muka] atau [Pencetakan 2 muka] untuk [Gaya Cetak]:
[Cetak dengan Orientasi/Saiz Kertas Campuran]/[Cetak dalam Orientasi Berbeza]
Pilih tetapan ini apabila mencetak data bagi saiz halaman dan tetapan orientasi berbeza dari halaman ke halaman. Klik [Butiran] (
Kotak Dialog [Tetapan Terperinci] (Tab [Akhiran])) untuk tetapkan lokasi dan lebar penjilidan.
[Lokasi Pengikatan]
Membolehkan anda memilih bahagian tepi kertas untuk dijilidkan. Klik [Sela] untuk menetapkan lebar sela.
|
Jika anda ubah [Orientasi] di dalam tab [Tetapan Asas]/[Persediaan Halaman], [Lokasi Pengikatan] diubah ke kiri atau atas. Hubungan kedudukan tepi panjang/tepi pendek dikekalkan.
|
[Akhiran]
Apabila mencetak berbilang salinan, membolehkan anda menetapkan susunan halaman dan sama ada untuk mengokot halaman.
[Kolat]
Mengoutput bilangan salinan yang ditetapkan dalam susunan halaman.
[Kumpulan]
Mengoutput bilangan salinan yang ditetapkan dengan semua halaman mempunyai nombor halaman yang sama dikumpulkan bersama.
[Kokot + Kolat]
Mengoutput halaman dalam susunan ditentukan untuk [Kolat] atau [Kumpulan] dikokot bersama. Mengklik [Posisi Kokot] membolehkan anda menetapkan posisi kokot.
|
Jika anda mengubah [Orientasi] di dalam tab [Tetapan Asas]/[Persediaan Halaman], kedudukan kokot kembali ke kedudukan lalai. Ini adalah kiri atas untuk pengokotan tunggal dan kiri atau atas untuk pengokotan berganda.
Jika kedudukan kokot ditentukan dalam [Posisi Kokot] dalam pemacu dan [Lokasi Pengikatan] yang ditentukan dalam aplikasi yang tidak sepadan, kedudukan kokot akan diubah ke kiri atas.
|
[Ofset]
Mengoutput setiap salinan dokumen supaya ia diofset relatif pada salinan sebelum dan selepasnya. Fungsi ini adalah berguna untuk memisahkan setiap salinan.
|
Pilihan yang diperlukan: Penyelesai
Keadaan yang diperlukan: Pilih tab [Tetapan Asas] atau [Akhiran] → [Akhiran] → [Kolat]/[Kumpulan]
Saiz kertas disokong: A3, B4, A4, B5, A5, Eksekutif, Penyata, Surat, 11x17, Undang-undang dan kertas tersuai
|
[Tebukan Lubang]
Mengoutput dokumen dengan pelbagai lubang untuk penjilidan cincin.
|
Pilihan yang diperlukan: Penyelesai, unit penebuk.
Saiz disokong:
Apabila lokasi penjilidan adalah tepi pendek: A3, B4, A4, B5, Surat, 11x17 dan Undang-undang
Apabila lokasi penjilidan adalah tepi panjang: A4, B5, Surat dan Eksekutif
|
Apabila anda memilih [Pencetakan Buku kecil] untuk [Gaya Cetak]:
[Buku kecil]
Dalam
Kotak Dialog [Tetapan Terperinci untuk Buku kecil], anda boleh mengkonfigurasi tetapan terperinci seperti sela.
[Tetapan Jahitan Pelana]
Mencetak buku kecil yang dilipat separuh dan dijahit pelana (dikokot di tengah).
|
Pilihan yang diperlukan: Penyelesai pelana
|
[Tetapan Lanjutan]
Membolehkan anda mengkonfigurasi tetapan terperinci berkaitan dengan akhiran dalam
Kotak Dialog [Tetapan Lanjutan] (Tab [Akhiran]).
[Kembalikan Lalai]
Mengembalikan semua tetapan ke nilai standardnya (lalai).
[Papar Tetapan]
Membolehkan anda menyemak tetapan semasa dalam senarai.
[Tetapan Bahasa]
Membolehkan anda menetapkan bahasa paparan.