Tab [Sumber Kertas] (Tetapan)
Klik salah satu pautan berikut untuk lompat ke penerangan.
Penerangan mengenai Tetapan
[Profil]
Memilih profil menggunakan tetapan yang didaftarkan. Ini berguna untuk menyimpan tetapan yang kerap digunakan.
[Tambah]
Membolehkan anda mendaftar tetapan semasa sebagai profil. Anda boleh menetapkan nama dll. dalam
Kotak Dialog [Tambah Profil].
[Edit]
Membolehkan anda mengedit, mengimport dan mengeksport profil dalam
Kotak Dialog [Edit Profil].
[Kaedah Output]
Membolehkan anda memilih kaedah mengoutput data cetakan.
[Cetak]
Melakukan pencetakan normal.
[Fungsi Pencetakan Selamat]
Melampirkan PIN pada data cetakan dan menyimpannya dalam pencetak. Fungsi ini berguna apabila mencetak dokumen sulit dll. Anda boleh menetapkan nama pengguna dan PIN dengan mengklik [Butiran].
[Simpan]
Menyimpan data cetakan dalam kotak dalam pencetak. Anda boleh menetapkan destinasi simpanan dengan mengklik [Butiran]
(Kotak Dialog [Simpan Butiran]).
[Edit dan Pratonton]
Menggabungkan berbilang fail menjadi satu semasa mencetak. Anda juga boleh melihat pratonton cetakan dan mengubah tetapan cetak. Jika anda memilih [Kunci], [Kaedah Output] dikunci dalam mod [Edit dan Pratonton]. Fungsi ini berguna untuk mengehadkan cara output bagi klien dalam persekitaran pencetak dikongsi.
[Kunci] hanya boleh ditetapkan apabila skrin pemacu pencetak dipaparkan dari menu Mula (lihat Mengubah Tetapan Lalai).
|
[Pilihan Kertas]
Anda boleh menukar kaedah sumber kertas bergantung pada halaman.
[Kertas Sama untuk Semua Halaman]
Membolehkan anda menetapkan sumber kertas untuk semua halaman.
[Berbeza untuk Pertama, Lain-lain dan Terakhir], [Berbeza untuk Pertama, Kedua, Lain-lain dan Terakhir]
Membolehkan anda menetapkan sumber kertas atau jenis kertas untuk setiap halaman yang ditunjukkan.
[Berbeza untuk Kulit dan Lain-lain]
Membolehkan anda menetapkan sumber kertas atau jenis kertas untuk kulit dan halaman lain.
|
Keadaan yang diperlukan: Pilih tab [Tetapan Asas] → [Pencetakan 1 muka/2 muka/Buku kecil] → [Pencetakan Buku kecil], atau tab [Akhiran] → [Gaya Cetak] → [Pencetakan Buku kecil]
|
[Kembalikan Lalai]
Mengembalikan semua tetapan ke nilai standardnya (lalai).
[Papar Tetapan]
Membolehkan anda menyemak tetapan semasa dalam senarai.
[Tetapan Bahasa]
Membolehkan anda menetapkan bahasa paparan.