Tab [Kualiti] (Tetapan)
Klik salah satu pautan berikut untuk lompat ke penerangan.
Penerangan mengenai Tetapan
[Profil]
Memilih profil menggunakan tetapan yang didaftarkan. Ini berguna untuk menyimpan tetapan yang kerap digunakan.
[Tambah]
Membolehkan anda mendaftar tetapan semasa sebagai profil. Anda boleh menetapkan nama dll. dalam
Kotak Dialog [Tambah Profil].
[Edit]
Membolehkan anda mengedit, mengimport dan mengeksport profil dalam
Kotak Dialog [Edit Profil].
[Kaedah Output]
Membolehkan anda memilih kaedah mengoutput data cetakan.
[Cetak]
Melakukan pencetakan normal.
[Fungsi Pencetakan Selamat]
Melampirkan PIN pada data cetakan dan menyimpannya dalam pencetak. Fungsi ini berguna apabila mencetak dokumen sulit dll. Anda boleh menetapkan nama pengguna dan PIN dengan mengklik [Butiran].
[Simpan]
Menyimpan data cetakan dalam kotak dalam pencetak. Anda boleh menetapkan destinasi simpanan dengan mengklik [Butiran]
(Kotak Dialog [Simpan Butiran]).
[Edit dan Pratonton]
Menggabungkan berbilang fail menjadi satu semasa mencetak. Anda juga boleh melihat pratonton cetakan dan mengubah tetapan cetak. Jika anda memilih [Kunci], [Kaedah Output] dikunci dalam mod [Edit dan Pratonton]. Fungsi ini berguna untuk mengehadkan cara output bagi klien dalam persekitaran pencetak dikongsi.
[Kunci] hanya boleh ditetapkan apabila skrin pemacu pencetak dipaparkan dari menu Mula (lihat Mengubah Tetapan Lalai).
|
[Tetapan Lanjutan]
Membolehkan anda mengkonfigurasi tetapan kualiti cetakan lebih terperinci.
[Mod Warna]
Membolehkan anda bertukar antara pencetakan warna dan skala kelabu (hitam dan putih). Memilih [Auto [Warna/B&W]] membolehkan pencetak untuk mengesan secara automatik sama ada setiap halaman perlu dicetak dalam warna atau skala kelabu.
[Tetapan Warna Manual]/[Tetapan Skala kelabu Manual]
Membolehkan anda melaraskan warna, kecerahan dan kontras.
[Tentang]
Memaparkan versi pemacu pencetak.
[Kembalikan Lalai]
Mengembalikan semua tetapan ke nilai standardnya (lalai).
[Papar Tetapan]
Membolehkan anda menyemak tetapan semasa dalam senarai.
[Tetapan Bahasa]
Membolehkan anda menetapkan bahasa paparan.