Menyemak Status dan Log

Nama fail dokumen yang mungkin tidak dipaparkan sepenuhnya. Nama aplikasi yang dicetak boleh ditambah kepada nama fail.

Menyemak Status Semasa Dokumen Cetakan

Senarai dokumen sedang mencetak atau menunggu untuk dicetak dipaparkan.
Log masuk kepada Remote UI (Memulakan Remote UI) [Status Monitor/Cancel] [Job Status]
 
Anda boleh padam kerja dokumen dengan mengklik [Cancel].
Jika anda telah log masuk ke dalam System Manager Mode, semua dokumen yang sedang dicetak dan menunggu untuk dicetak akan disenaraikan.
Jika anda memasukkan nama pengguna apabila mengelog masuk ke dalam General User Mode, nama pengguna anda hanya akan dipaparkan pada dokumen yang dicetak.
Klik [Job Number] pada dokumen dihentikan sementara untuk memaparkan maklumat terperinci. Anda boleh menyemak nama pengguna dan kiraan halaman dokumen yang dicetak.

Menyemak Sejarah Dokumen

Sejarah pencetakan dipaparkan.
Log masuk kepada Remote UI (Memulakan Remote UI) [Status Monitor/Cancel]  [Job Log]

Memeriksa Maklumat Ralat

Apabila ralat berlaku, halaman ini akan dipapar dengan klik mesej yang dipaparkan di bawah [Error Information] pada halaman Portal. Tetapan Remote UI
Log masuk kepada Remote UI (Memulakan Remote UI) [Status Monitor/Cancel]  [Error Information]

Memeriksa Guna Habis

Maklumat barang guna habis seperti nombor model kartrij dipaparkan. Anda juga boleh klik [Check Consumables Details] dalam halaman Portal (laman utama) untuk memaparkan halaman ini (Tetapan Remote UI).
Log masuk kepada Remote UI (Memulakan Remote UI) [Status Monitor/Cancel] [Consumables]

Menyemak Spesifikasi Peranti

Kelajuan cetakan maksimum dipaparkan.
Log masuk kepada Remote UI (Memulakan Remote UI) [Status Monitor/Cancel] [Device Features]

Memeriksa Maklumat Pengurus Sistem

Maklumat tentang mesin dan pengurus sistem dipaparkan. Maklumat ini telah ditetapkan dalam [System Management] pada halaman [Settings/Registration].
Log masuk kepada Remote UI (Memulakan Remote UI) [Status Monitor/Cancel]  [Device Information]

Menyemak Kaunter Jumlah Cetakan

Jumlah halaman dalam yang telah dicetak dipaparkan.
Log masuk kepada Remote UI (Memulakan Remote UI) [Status Monitor/Cancel]  [Check Counter]

Memeriksa Maklumat Eco

Anda boleh memeriksa maklumat seperti bilangan cetakan setiap bulan dan jumlah kuasa yang digunakan.
Log masuk kepada Remote UI (Memulakan Remote UI) [Status Monitor/Cancel]  [Eco Information]
2H24-03R