Mencetak Laporan dan Senarai

Anda boleh mencetak laporan dan senarai untuk menyemak maklumat seperti tetapan mesin.

Senarai Cetakan bagi Tetapan

Anda boleh mencetak maklumat dan tetapan yang berdaftar di mesin sebagai satu senarai.
Senarai Data Pengguna
Anda boleh menyemak senarai tetapan (Senarai Menu Tetapan) selain kandungan yang berdaftar dalam mesin dengan mencetak Senarai Data Pengguna.

Mencetak Laporan dan Senarai mengenai Status Penggunaan Mesin

Anda boleh mencetak laporan status mesin yang berikut.
Laporan Eco
Anda boleh menyemak jumlah bulanan keseluruhan cetakan dan penggunaan kuasa dengan laporan. Laporan ini mengandungi petua yang berguna untuk menjimatkan kertas dan penggunaan kuasa berdasarkan status penggunaan.
Jumlah penggunaan kuasa mungkin berbeza bergantung pada persekitaran dan keadaan di mana mesin digunakan.
Laporan Status Penggunaan
Anda boleh menyemak status bahan guna habis yang dipasang dalam mesin dengan laporan.
Senarai Fon PCL
Anda boleh menyemak senarai fon yang tersedia di mod PCL bersama laporan.
Laporan Log Katrij
Anda boleh menyemak log penggunaan kartrij toner atau kartrij gelendong bersama laporan.
2K43-054