Pengendalian Windows Asas

 

Memaparkan Folder Pencetak

Windows Vista
[Mula] pilih [Panel Kawalan] [Pencetak].
Windows 7/Server 2008 R2
[Mula] pilih [Peranti dan Pencetak].
Windows 8.1/Server 2012/Server 2012 R2
Klik kanan penjuru kiri bawah skrin pilih [Panel Kawalan] [Lihat peranti dan pencetak].
Windows 10/Server 2016
Panel Tetingkap Windows pilih [Lihat peranti dan pencetak].
Windows Server 2008
[Mula] pilih [Panel Kawalan] klik dua kali [Pencetak].
 

Mendayakan [Penemuan rangkaian]

Jika anda menggunakan Windows Vista/7/8.1/10/Server 2008/Server 2012/Server 2012 R2/Server 2016, dayakan [Penemuan rangkaian] untuk melihat komputer pada rangkaian anda.
Windows Vista
[Mula] pilih [Panel Kawalan] [Papar status dan tugas rangkaian] di bawah [Penemuan rangkaian], pilih [Hidupkan penemuan rangkaian].
Windows 7/Server 2008 R2
[Mula] pilih [Panel Kawalan] [Papar status dan tugas rangkaian] [Tukar pengesetan perkongsian lanjutan] di bawah [Penemuan rangkaian], pilih [Hidupkan penemuan rangkaian].
Windows 8.1/Server 2012/Server 2012 R2
Klik kanan penjuru kiri bawah skrin pilih [Panel Kawalan] [Papar status dan tugas rangkaian] [Tukar pengesetan perkongsian lanjutan] di bawah [Penemuan rangkaian], pilih [Hidupkan penemuan rangkaian].
Windows 10/Server 2016
Panel Kawalan Windows  pilih [Papar status dan tugas rangkaian]  [Tukar pengesetan perkongsian lanjutan]  di bawah [Penemuan rangkaian], pilih [Hidupkan penemuan rangkaian].
Windows Server 2008
[Mula] pilih [Panel Kawalan] klik dua kali [Pusat Rangkaian dan Perkongsian] di bawah [Penemuan rangkaian], pilih [Hidupkan penemuan rangkaian].
 

Memaparkan Skrin [Persediaan Perisian Program/Manual]

Jika komputer anda tidak memaparkan skrin [Persediaan Perisian Program/Manual] selepas anda memasukkan CD-ROM/DVD-ROM, ikut prosedur di bawah. Contoh berikut ini menggunakan "D:" sebagai nama pemacu CD-ROM/DVD-ROM. Nama pemacu CD-ROM/DVD-ROM mungkin berbeza pada komputer anda.
Windows Vista/7/Server 2008
[Mula] masukkan "D:\MInst.exe" dalam [Gelintar atur cara dan fail] atau [Mula Gelintar] tekan kekunci [ENTER] pada papan kekunci.
Windows 8.1/Server 2012/Server 2012 R2
Klik kanan penjuru kiri bawah skrin pilih [Jalankan] masukkan "D:\MInst.exe" klik [OK].
Windows 10
Masukkan "D:\MInst.exe" ke dalam [Untuk bermula, taip dalam kotak gelintar] klik [D:\MInst.exe] dalam hasil yang dipaparkan.
Windows Server 2016
Masukkan "D:\MInst.exe" ke dalam [Cari Windows] klik [D:\MInst.exe] dalam hasil yang dipaparkan.
 

Menyemak Seni Bina Bit

Jika anda tidak pasti komputer anda menjalankan Windows 32 bit atau 64 bit, ikut prosedur di bawah untuk semakan.
1
Paparkan [Panel Kawalan].
Windows Vista/7/Server 2008
[Mula] pilih [Panel Kawalan].
Windows 8.1/Server 2012/Server 2012 R2
Klik kanan penjuru kiri bawah skrin pilih [Panel Kawalan].
Windows 10/Server 2016
Paparkan Panel Kawalan Windows.
2
Paparkan [Sistem].
Windows Vista/7/8.1/10/Server 2008 R2/Server 2012/Server 2012 R2/Server 2016
Klik [Sistem dan Keselamatan] atau [Sistem dan Penyelenggaraan] [Sistem].
Windows Server 2008
Klik dua kali [Sistem].
3
Semak seni bina bit.
Sistem pengendalian 32 bit
[Sistem Pengendalian 32 bit] dipaparkan.
Sistem pengendalian 64 bit
[Sistem Pengendalian 64 bit] dipaparkan.
 

Memaparkan [Atur Cara dan Ciri] atau [Tambah atau Alih Keluar Atur Cara]

Windows Vista/7/Server 2008 R2
[Mula] [Panel Kawalan] pilih [Buang pemasangan atur cara].
Windows 8.1/Server 2012/Server 2012 R2
Klik kanan penjuru kiri bawah skrin [Panel Kawalan] pilih [Buang pemasangan atur cara].
Windows 10/Server 2016
Klik []  [Seting]  [Aplikasi] atau [Sistem]  [Aplikasi dan ciri-ciri].
Windows Server 2008
[Mula] pilih [Panel Kawalan] klik dua kali [Atur Cara dan Ciri].
 

Memaparkan [Pengurus Peranti]

Windows Vista/7/Server 2008 R2
[Mula]  [Panel Kawalan]  [Perkakasan dan Bunyi] atau [Perkakasan]  pilih [Pengurus Peranti].
Windows 8.1/Server 2012/Server 2012 R2
Klik kanan penjuru kiri bawah skrin  [Panel Kawalan]  [Perkakasan dan Bunyi]  pilih [Pengurus Peranti].
Windows 10/Server 2016
Panel Kawalan Windows [Perkakasan dan Bunyi] atau [Perkakasan] pilih [Pengurus Peranti].
Windows Server 2008
[Mula]  pilih [Panel Kawalan]  klik dua kali [Pengurus Peranti].
27LK-014