Mengemas Kini

Teruskan seperti berikut untuk memuat turun pemacu pencetak terkini daripada laman web Canon dan kemas kini pemacu pencetak yang dipasang pada komputer anda.
1
Log masuk ke komputer dengan akaun pentadbir.
2
Muat turun pemacu pencetak daripada laman web Canon (http://www.canon.com/).
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang cara untuk memuat turun pemacu pencetak, lihat halaman muat turun pemacu untuk pencetak anda.
3
Buka zip fail yang dimuat turun.
4
Buka folder yang menyimpan pemacu pencetak.
Sistem pengendalian 32 bit
folder [UFRII]  [malay]  [32BIT]
Sistem pengendalian 64 bit
folder [UFRII]  [malay]  [x64]
Jika anda tidak tahu untuk menentukan versi 32 bit atau versi 64 bit bagi Windows Vista/7/8.1/10/Server 2008/Server 2012/Server 2012 R2/Server 2016, lihat Menyemak Seni Bina Bit.
5
Klik dua kali "Setup.exe".
6
Baca Perjanjian Lesen dan klik [Ya] untuk bersetuju.
7
Pilih [Tersuai] dan klik [Seterusnya].
8
Pilih [Kemas kini Pemacu Pencetak Sedia Ada] dan klik [Seterusnya].
9
Semak maklumat pencetak dalam [Senarai Pencetak untuk Pemasangan Pemacu] dan klik [Mula].
Mengemas kini permulaan pemacu pencetak.
10
Pilih [Mula Semula Komputer Sekarang] dan klik [Mula semula].
27LK-00S