Menyemak Status dan Log

Nama fail dokumen yang mungkin tidak dipaparkan sepenuhnya. Nama aplikasi yang dicetak boleh ditambah kepada nama fail.

Menyemak Status Semasa Dokumen Cetakan

Senarai dokumen sedang mencetak atau menunggu untuk dicetak dipaparkan.
Log masuk ke Remote UI (Memulakan UI Kawalan Jauh [Status Monitor/Cancel]  [Job Status] dalam [Print]
 
Anda boleh padam kerja dokumen dengan mengklik [Cancel].
Tanpa mengira tetapan Pengurusan ID Jabatan, semua dokumen cetakan sedang mencetak dan menunggu untuk dicetak akan disenaraikan.
Jika anda memasukkan nama pengguna apabila mengelog masuk ke dalam Mod Pengguna Am, nama pengguna anda hanya akan dipaparkan pada dokumen yang dicetak.
Klik [Job Number] pada dokumen dihentikan sementara dan dokumen selamat untuk memaparkan maklumat terperinci. Anda boleh menyemak nama pengguna dan kiraan halaman dokumen yang dicetak.

Menyemak Status Semasa Dokumen Yang Diterima

Anda boleh menyemak log dokumen faks dan I-Faks yang diterima. Anda juga boleh mengklik [Delete] bagi dokumen faks yang diterima untuk memadamkannya.
Log masuk ke Remote UI (Memulakan UI Kawalan Jauh [Status Monitor/Cancel]  [Job Status] dalam [RX]
Untuk menjalankan operasi berikut bagi dokumen faks yang diterima, anda perlu mengelog masuk dalam Mod Pengurus Sistem dan menetapkan <Gunakan Pratonton Faks> kepada <Aktif>.
Klik [Print All] untuk mencetak semua dokumen yang diterima.
Klik [Print] untuk mencetak dokumen yang menunggu untuk dicetak.
Klik [Job Number] untuk memaparkan maklumat terperinci dan pratonton dokumen yang menunggu untuk dicetak.

Menyemak Sejarah Dokumen

Log kerja cetakan, salinan, menghantar (TX), dan menerima (RX) dipaparkan.
Log masuk kepada UI Kawalan Jauh (Memulakan UI Kawalan Jauh) [Status Monitor/Cancel]  [Job Log]

Menyemak Maklumat Dokumen Yang Gagal Untuk Dimajukan

Maklumat dokumen yang gagal untuk dimajukan dipaparkan.
Log masuk ke Remote UI (Memulakan UI Kawalan Jauh [Status Monitor/Cancel]  [Forwarding Errors]
Apabila anda telah melog masuk dalam Mod Pengurus Sistem, anda boleh mengklik [Delete] untuk memadamkan dokumen yang gagal dimajukan.
Apabila anda telah melog masuk dalam Mod Pengurus Sistem, anda boleh mengklik [Job Number] untuk memaparkan maklumat terperinci atau melakukan pratonton dokumen yang gagal dimajukan.

Memeriksa Maklumat Ralat

Apabila ralat berlaku, halaman ini akan dipapar dengan klik mesej yang dipaparkan di bawah [Error Information] pada halaman Portal (halaman utama). Tetapan UI Kawalan Jauh
Log masuk kepada UI Kawalan Jauh (Memulakan UI Kawalan Jauh) [Status Monitor/Cancel]  [Error Information]

Memeriksa Guna Habis

Saiz kertas dan jenis kertas untuk sumber kertas, nombor model kartrij toner, dan lain-lain dipaparkan. Anda juga boleh menekan [Check Consumables Details] dalam halaman Portal (laman utama) untuk memaparkan halaman ini (Tetapan UI Kawalan Jauh).
Log masuk kepada UI Kawalan Jauh (Memulakan UI Kawalan Jauh) [Status Monitor/Cancel]  [Consumables]

Menyemak Spesifikasi Peranti

Kelajuan cetakan maksimum dan ciri mesin dipaparkan.
Log masuk kepada UI Kawalan Jauh (Memulakan UI Kawalan Jauh) [Status Monitor/Cancel]  [Device Features]

Memeriksa Maklumat Pengurus Sistem

Maklumat tentang mesin dan pengurus sistem dipaparkan. Nama peranti dan maklumat pengurus sistem lain yang dipaparkan di sini sepadan dengan tetapan dalam [System Manager Information] pada halaman [User Management] atau dalam [Device Information Settings] pada halaman [Device Management].
Log masuk kepada UI Kawalan Jauh (Memulakan UI Kawalan Jauh) [Status Monitor/Cancel]  [Device Information]

Menyemak Kaunter Jumlah Cetakan

Jumlah muka surat yang telah dicetak oleh fungsi menyalin, mencetak, dan faks dipaparkan.
Log masuk kepada UI Kawalan Jauh (Memulakan UI Kawalan Jauh) [Status Monitor/Cancel]  [Check Counter]

Menyemak Sejarah Kartrij Toner

Anda boleh menyemak log penggunaan kartrij toner dan log lain.
Log masuk kepada UI Kawalan Jauh (Memulakan UI Kawalan Jauh) [Status Monitor/Cancel]  [Cartridge Log]

Menyemak Status Penggunaan Mesin

Jumlah volum bulanan cetakan dan jumlah penggunaan kuasa bulanan dipaparkan. Anda boleh memaparkan skrin maklumat Eco dan mengubah tetapan untuk menjimatkan kertas dan penggunaan kuasa.
Log masuk ke Remote UI (Memulakan UI Kawalan Jauh [Status Monitor/Cancel]  [Eco Information]
29WY-083