MEMATIKAN Kuasa pada Masa Tetap

Anda boleh membuat tetapan supaya kuasa DIMATIKAN secara automatik pada masa dan hari tertentu setiap minggu. Ini membolehkan anda untuk mengelak penggunaan kuasa sia-sia yang mungkin berlaku kerana kegagalan untuk MEMATIKAN kuasa. Secara lalai, fungsi ini dinyahdayakan.
Untuk maklumat tentang jenis operasi asas untuk menyediakan mesin daripada Remote UI, lihat Menetapkan Pilihan Menu daripada UI Kawalan Jauh.
1
Mula dengan Remote UI dan log masuk ke Mod Pengurus Sistem. Memulakan UI Kawalan Jauh
2
Klik [Settings/Registration] (Tetapan/Pendaftaran) pada halaman Portal. Tetapan UI Kawalan Jauh
3
Pilih [Timer Settings] (Tetapan Masa)  [Edit] (Edit).
4
Pilih kotak semak untuk [Set Auto Shutdown Weekly Timer] (Tetap Masa Mingguan Tutup Auto), dan tetapkan masa untuk MEMATIKAN kuasa.
[Set Auto Shutdown Weekly Timer] (Tetap Masa Mingguan Tutup Auto)
Memilih kotak semak membolehkan anda menetapkan masa untuk MEMATIKAN kuasa pada hari tertentu dalam seminggu.
[Sunday] (Ahad) hingga [Saturday] (Sabtu)
Masukkan masa yang diingini untuk MEMATIKAN kuasa. Untuk sebarang hari dalam seminggu, meninggalkan medan masa kosong bermakna bahawa fungsi tutup auto dinyahdayakan untuk hari tersebut.
5
Klik [OK] (OK).
Jika kuasa tidak DIMATIKAN secara automatik pada masa tertentu*
Apabila penunjuk Data menyala atau berkelip
Apabila skrin menu atau skrin Semak Pembilang dipaparkan
Apabila data tetapan diimport/dieksport
Apabila perisian tegar sedang dikemas kini
*Jika kuasa tidak boleh DIMATIKAN secara automatik pada masa tertentu, satu cubaan semula akan dilakukan sehingga sepuluh kali pada selang masa satu minit. Jika kuasa tidak boleh DIMATIKAN walaupun selepas sepuluh cubaan semula, tutup auto akan menjadi mustahil untuk hari tersebut.
29WY-02C