Operasi Asas

Paparan ialah panel sentuh, membolehkan anda mengendali secara terus pada skrin.
Elakkan tindakan berikut.
Paparan mungkin tidak berfungsi atau rosak.
Menekan dengan kuat
Menekan dengan objek tajam (kuku jari, pena mata bulat, pensel dsb.)
Operasi dengan tangan lembap/kotor
Mengendalikan paparan semasa objek diletakkan di atasnya.
Sebelum menggunakan paparan panel sentuh, tanggalkan filem pelindung daripada paparan.
Ketik
Sentuh skrin dengan lembut dan cepat. Gunakan untuk memilih atau memuktamadkan item.
Kuis
Kuis dengan jari pada paparan. Kesan kuisan berbeza bergantung pada skrin. Contohnya, menguis dalam skrin Rumah menggerakkan anda satu halaman dalam arah kuisan.

Memilih Item

Ketik nama item atau butang untuk membuat pemilihan.
Jika item disentuh secara tidak sengaja
Luncurkan jauh jari anda, kemudian lepaskannya dari skrin untuk membatalkan pemilihan.
Untuk kembali ke skrin sebelumnya
Ketik untuk kembali ke skrin sebelumnya.

Menskrol Skrin

Bar skrol muncul pada skrin apabila masih terdapat maklumat yang tidak dipaparkan. Jika bar skrol dipaparkan, kuis skrin untuk menskrol dalam arah kuisan. Sila ambil perhatian bahawa bar skrol hanya muncul semasa skrin sedang disentuh.

Mengubah Nilai Tetapan

Ketik <+> / <-> untuk melaraskan tetapan pada skala. Anda juga boleh melaraskan tetapan dengan menguis penggelongsor ke kiri atau kanan.
 
Anda boleh mengubah pelbagai tetapan berkaitan paparan, seperti bahasa paparan: <Tetapan Paparan>
Anda boleh mengubah skrin yang dipaparkan secara automatik apabila mesin kekal melahu selama tempoh masa tertentu: <Fungsi Selepas Set Semula Auto>
Anda boleh mengubah pelbagai tetapan tentang kebolehkendalian seperti kecerahan skrin: <Kebolehcapaian>
29WY-02L