Menggunakan Peranti Memori USB

Apabila menggunakan memori USB, masukkannya ke dalam port USB pada mesin.
Sebelum menggunakan peranti memori USB
Format peranti memori USB yang disokong ialah FAT16 dan FAT32.
Peranti berikut dan penggunaan tidak disokong:
Peranti memori USB yang dipasang fungsi keselamatan
Peranti memori USB yang tidak memenuhi standard USB
Pembaca kad memori bersambung melalui USB
Peranti memori USB yang digunakan dengan kabel sambungan
Peranti memori USB digunakan melalui hab USB
Mengendalikan peranti memori USB
Pastikan bahawa peranti memori USB diorientasikan dengan betul sebelum memasukkannya. Jika anda cuba untuk memasukkannya dalam orientasi yang salah, peranti memori dan mesin mungkin rosak.
Jangan keluarkan, langgar atau sebaliknya mengalihkan peranti memori USB semasa data sedang diimport atau dieksport. Selain itu, jangan MATIKAN mesin semasa pemprosesan sedang berjalan.
Anda mungkin tidak dapat menyimpan data dengan betul pada sesetengah peranti memori USB.

Mengeluarkan Peranti Memori USB

Sentiasa gunakan prosedur berikut apabila mengeluarkan peranti memori USB. Menggunakan kaedah lain untuk mengeluarkan peranti memori USB boleh merosakkan peranti dan mesin.
1
Pilih <Pgawas Status>.
2
Pilih <KluarkMedia Ingtn>.
Tunggu sehingga mesej <Media ingatan boleh dikeluarkan dengan selamat.> dipaparkan.
3
Putuskan sambungan peranti memori USB.
29WY-022